Siakap Keli
Website Dilayari Rakyat Malaysia
Gambar: AFP

Ini 10 “Website” Paling Popular Dilayari Rakyat Malaysia Pada Oktober

Ini 10 “Website” Paling Popular Dilayari Rakyat Malaysia Pada Oktober

Bangun dari tidur, benda pertama yang dicari oleh kita adalah telefon betul tak? Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya gajet ini pada setiap individu.

Gajet elektronik seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan lain-lain ibarat nyawa pada setiap orang memandang dunia sekarang lebih menumpukan ke arah pendigitalan.

Kebergantungan terhadap peranti elektronik amat jelas apabila kebanyakan urusan seperti perbankan, akses perkhidmatan kerajaan kini lebih banyak menggunakan secara atas talian.

Menerusi pelbagai aplikasi dan laman sesawang yang tersedia dalam gadjet ini, semua perkara kini berada di hujung jari anda sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan hanya menatal perkara yang ingin dicari dan semuanya akan terpapar di skrin anda.

Kewujudan pelbagai aplikasi laman sesawang ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan orang ramai.

Syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web mengeluarkan senarai laman sesawang popular, yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada Oktober 2024.

BACA: Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tiga Negeri

Berdasarkan data berkenaan, Google.com menjadi laman sesawang paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia pada Oktober lalu. Perkara ini tidak mengejutkan apabila laman sesawang carian itu kekal mendominasi di kedudukan pertama.

Laman sesawang pentriman video, Youtube.com muncul di tangga ke-2 sebagai laman web paling popular. Sementara itu, laman sesawang permesejan dalam talian, Whatsapp daki satu anak tangga untuk berada di tempat ke-3 berbanding bulan September diikuti Facebook.com di tangga ke-4.

Seterusnya, platform e-dagang pilihan hati rakyat negara, Shopee.com dan laman sesawang media sosial, Instagram.com masing-masing berada di kedudukan ke-5 dan ke-6.

Gambar: AFP

Tiktok.com dan wikipedia.org pula kekal di carta ke-7 dan ke-8 sebagai laman sesawang paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia seperti bulan sebelumnya.

Naik empat tangga dari carta ke-13, laman sesawang Chatgpt.com berada di tangga ke-9, diikuti platform X.com (Twitter) antara 10 website paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia pada Oktober.

Apa itu laman sesawang? 

Laman web atau sesawang (website) merupakan sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya, memetik Kamus Dewan Edisi Keempat.

Sumber: Similiar Web

BACA: Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Duduki Ujian Bertutur

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.