Siakap Keli
kyochon 1991

Satu Gigitan, Ketagih Selamanya! Menu Baru KyoChon 1991 Akan Buat Anda Teruja

Satu Gigitan, Ketagih Selamanya! Menu Baru KyoChon 1991 Akan Buat Anda Teruja

2 Disember 2024, Kuala Lumpur – Buat para pencinta ayam goreng Korea, inilah masanya untuk  menikmati hidangan yang tiada tandingan! KyoChon 1991 Malaysia dengan bangganya  memperkenalkan menu baru yang pasti memikat selera anda. Daripada Ayam Yangnyeom yang  manis dan pedas hingga Ayam Goreng Real Fried yang rangup dan tiada tandingan, setiap gigitan  penuh dengan rasa yang luar biasa.

Bermula dari hanya RM40.90, menu baharu ini menawarkan  keseimbangan sempurna antara rasa manis, pedas, dan rangup, mencipta sensasi yang tidak  dapat dilupakan. Jadilah antara yang pertama mencuba menu baharu ini di mana-mana  cawangan KyoChon 1991 Malaysia di Lembah Klang bermula hari ini dan alami tahap baharu  kehebatan ayam goreng. Menu ini akan tersedia di semua cawangan di seluruh negara (kecuali  KLIA dan Miri) bermula 9 Disember 2024 

Ayam Goreng Real Fried KyoChon 1991 Malaysia membawa kehebatan rangup ke tahap kelas tersendiri! Dengan salutan dua kali dan digoreng hingga warna keemasan, setiap gigitan  memberikan kerangupan yang menggoda dan menjadi muzik di telinga anda. Diperkaya dengan  campuran rempah rahsia dan sentuhan sihat superfood seperti quinoa dan amaranth, ayam ini  bukan sahaja lazat malah juga menyihatkan. Nikmati setiap gigitan yang rangup dan  memuaskan—pengalaman ayam goreng yang anda tidak akan lupa! 

kyochon 1991

YangNyeom – Manis, Pedas, Rangup, dan Sempurna. Begitulah KyoChon 1991 Malaysia menggambarkan Ayam YangNyeom Korea mereka. Lebih daripada sekadar ayam goreng, ini  adalah pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan! Setiap ketul ayam disaluti sos pekat yang  berkilat, dibuat daripada bahan asli Korea seperti gochujang dan madu, memberikan  keseimbangan sempurna antara rasa manis dan pedas di setiap gigitan. Rangup di luar, berjus di  dalam, hidangan ini adalah letusan rasa yang pasti akan membuatkan lidah anda terus teruja.  Jangan lepaskan peluang ini — nikmati sendiri rasa sensasi yang sedang menjadi kegilaan ramai! 

Menu baharu ini hadir dengan tiga pilihan yang tidak boleh ditolak! Nikmati Half Chicken Yangnyeom dengan hanya RM40.90, atau nikmati kerangupan sempurna Half Chicken Real Fried,  juga pada harga RM40.90. Bagi anda yang tidak dapat memilih antara keduanya, rasai gabungan  hebat Yangnyeom dan Real Fried dalam satu hidangan ayam penuh dengan hanya RM72.90.  Kombinasi rasa dan kerangupan yang tiada tandingan, semuanya pada harga yang berbaloi!

Jadi yang pertama merasai keenakkan rasa Yangnyeom dan Real Fried Chicken, eksklusif di  KyoChon 1991 Malaysia. Jangan lepaskan peluang sensasi ini! Untuk maklumat lanjut, layari  kami di https://kyochon.com.my/. Tertakluk pada terma dan syarat. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.