Siakap Keli
Tip Jimat Melancong
Sumber : Gambar AI

8 Tip Jimat Terbaik Semasa Melancong Anda Kena Tahu

8 Tip Jimat Terbaik Semasa Melancong Anda Kena Tahu

Melancong sememangnya merupakan salah satu hobi yang mahal dan menarik. Semua orang mempunyai impian untuk melancong ke seluruh dunia.

Bagaimanapun, bukan semua mempunyai bajet yang besar dan ramai di antara kita menghadapi kekangan kewangan untuk melaksanakan impian tersebut.

Namun tak mustahil untuk anda mendapatkan pengalaman melancong yang mengujakan tetapi dalam masa yang sama kita dapat berjimat dengan berpandukan 8 tips yang ingin kami kongsikan seperti dibawah.

1. Membuat Tempahan Awal

Sekiranya ingin mendapatkan harga untuk tiket penerbangan dan penginapan, anda perlu rajin untuk meninjau harga dari awal untuk mendapatkan tawaran hebat yang diberikan oleh syarikat penerbangan dan agensi pelancongan. Ia juga bagi memastikan ketersediaan penginapan yang anda inginkan.

2. Memilih Waktu Percutian Yang Sesuai

Biasanya ramai yang akan memilih untuk pergi melancong pada musim cuti perayaan, cuti sekolah atau hujung tahun. Kesempatan ini akan digunakan oleh peniaga di tempat tarikan pelancong untuk menaikkan harga makanan, barang, dan perkhidmatan.

Tip jimat ketika melancong tanpa mengeluarkan duit yang banyak, 8 benda anda kena tahu

BACA : Cara Mohon Pas My50 MyRapid, Bayar RM50 Guna 30 Hari

3. Tidak Menukar Wang di Lapangan Terbang atau Hotel

Selain itu, anda perlu rajin untuk mencari pengurup wang yang menawarkan kadar tukar wang asing yang lebih rendah kerana kedua-dua tempat ini selalunya menawarkan kadar tukaran mata wang asing yang tinggi berbanding di luar.

4. Melawat Tempat Pelancongan yang Percuma

Anda boleh saja untuk melawat tempat menarik yang tidak mengenakan apa-apa caj. Antaranya adalah pantai, taman, pasar, tempat keagamaan mendaki bukit dan banyak lagi. Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang anda boleh terokai tanpa mengeluarkan duit.

5. Menggunakan Pengangkutan Awam

Jika dibandingkan dengan menggunakan kenderaan sendiri, penggunaan pengangkutan awam ketika melancong adalah lagi jimat dan berbaloi.

Memilih menggunakan kenderaan sendiri ketika melancong akan menelan belanja yang lebih termasuk keselamatan diri sendiri ketika memandu.

6. Melancong Secara Berkumpulan

Apabila melancong secara beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan, kos untuk penginapan, pengangkutan dan makan dapat dijimatkan kerana kos tersebut dapat dibahagikan bersama.

Bukan sahaja anda dapat meluangkan masa bersama malah ia juga dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan.

7. Memilih Destinasi Melancong Alternatif

Destinasi pelancongan yang popular selalunya lebih mahal berbanding destinasi lain kerana ia merupakan tempat tumpuan pelancong. Selain dari harga yang mahal, ia juga selalunya penuh dan padat dengan pelancong. Oleh itu, anda dapat menjimatkan duit dengan memilih destinasi alternatif yang lain.

8. Memilih Tempat Makan yang Murah

Aktiviti makan-makan ketika melancong sudah tentunya menjadi salah satu aktiviti utama. Banyak wang yang akan dihabiskan untuk acara tersebut ketika melancong. Oleh itu, anda perlu bijak untuk mengenal pasti kedai makan yang menawarkan harga murah dan sedap.

Jadi, memang tak mustahil sebenarnya untuk kita menikmati percutian yang menarik tapi menjimatkan.

Sumber : Worldpackers, Nomadic Matt

BACA : Jangan Ambil Mudah, Ini Cara Simpan Ubat Ketika Banjir

suhaila

live your best life

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: