Siakap Keli
hujan berterusan 7 negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri Hingga Minggu Depan

Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri Hingga Minggu Depan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan tujuh negeri.

Hujan berterusan diramal melanda seluruh negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu bermula 8 hingga 11 Disember nanti. Hampir keseluruhan kawasan di Kedah juga tersenarai iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Di Perak, cuaca buruk berterusan hanya melibatkan daerah Hulu Perak.

Sementara itu, beberapa kawasan di dua negeri diramal menerima hujan berterusan pada tahap waspada bermula 9 hingga 11 Disember. Di Pahang, cuaca buruk berterusan ini melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor, hanya Mersing dan Kota Tinggi tersenarai.

BACA: Gardenia Sumbang Lebih 500,000 Unit Produk Kepada Mangsa Banjir

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga ketika perubahan cuaca berlaku.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) malam ini.

Seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan WP Labuan dijangka alami hujan lebat hingga awal pagi nanti. Manakala beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang juga tersenarai dijangka hujan lebat.

MetMalaysia turut menjangkakan daerah Mersing di Johor bakal dilanda cuaca buruk. Di Sabah dan Sarawak, kebanyakan kawasan dijangka alami hujan lebat.

BACA: Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berusaha memastikan bekalan barangan keperluan harian rakyat mencukupi di pasaran. Usaha ini sebagai persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula sejak November lalu.

Dengan melaksanakan pelan kontingensi melantik Peruncit Terpilih Daerah dan Pemborong Terpilih Daerah di setiap daerah seluruh negara, bekalan barangan keperluan dapat disediakan secukupnya di kawasan terkesan banjir.

Selain itu, pihak KPDN turut memastikan kesiapsiagaan penghantaran bekalan barangan keperluan harian, termasuk bekalan bahan api diesel dan petrol menggunakan perkhidmatan pengisian minyak mudah alih (ROVR).

BACA: Kesiapsiagaan KPDN Menghadapi Monsun Timur Laut Tahun 2024/2025

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.