Siakap Keli
Peti Sejuk Bocor
Kredit: TikTok @hairulvcool

Panik Peti Ais Bocor, Ini Cara Betul Tampal Kerosakan

Panik Peti Ais Bocor, Ini Cara Betul Tampal Kerosakan

Kadangkala waktu sedang asyik mengemas dan mencuci dapur, mesti ada tersalah langkah dan secara tak sengaja menyebabkan kerosakan pada barangan rumah.

Apabila perkara ini terjadi, mesti anda berasa cemas dan terus jadi ‘tukang baiki terjun’. Siapa yang tidak panik bila berlaku kerosakan, kan?

Sudah tentu kita akan berusaha untuk memperbaiki kerosakan tersebut walaupun kita sebenarnya tidak tahu pun bagaimana caranya.

Antara kerosakan yang boleh berlaku adalah pada perkakasan elektrik seperti peti ais yang menjadi satu keperluan untuk setiap dapur rumah-rumah di Malaysia.

Disebabkan peti ais selalu digunakan, maka peralatan itu sudah tentu perlu dibersihkan selalu. Selalunya, pembersihan yang dibuat termasuklah menyingkirkan ais tebal pada bahagian beku, terutamanya untuk peti ais jenis satu pintu.

Namun begitu, kesilapan boleh berlaku sekiranya kita gopoh dalam cara mengendalikan ais tebal berkenaan.

Ini cara betul tampal tempat beku peti ais bocor kena benda tajam

Ramai yang tidak sabar, lalu bertindak menggunakan peralatan tajam, seperti pemutar skru, untuk memecahkan dan membuang ais yang melekat pada bahagian beku itu tadi.

Malangnya, tindakan tersebut berisiko dan jika tersalah langkah, kebocoran boleh berlaku disebabkan tercucuk dengan alatan tajam yang digunakan.

Pasti kita menggelabah seketika, bagaimana hendak menutup ruang yang sudah terdedah itu, kan?

Usah khuatir, hari ini SK hendak berkongsi beberapa teknik mudah untuk menutup semula kawasan bocor dengan betul, berdasarkan perkongsian @hairulvcool di TikTok.

@hairulvcool

Peti sejuk ais tebal jangan cucuk!

♬ bunyi asal – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Menurut @hairulvcool, anda perlu terlebih dahulu menyediakan peralatan-peralatan seperti di bawah:

  • Blow torch
  • Kain kering
  • Kertas pasir
  • Heat-Seal Stik

Cara Menampal Lubang

Pertama, matikan suis peti sejuk dan tutup bahagian yang berlubang dengan kain kering supaya ais yang cair tidak masuk ke bahagian yang bocor.

Tutup Kebocoran Dengan Kain Kering
Kredit: TikTok @hairulvcool

Pastikan semua ais telah cair sebelum bergerak ke langkah yang seterusnya. Kemudian, bakar cat yang ada pada sekeliling bahagian lubang menggunakan blow torch sehingga cat kembang.

Bakar Cat Di Tempat Bocor
Kredit: TikTok @hairulvcool

Gunakan kertas pasir atau cordless sanding tool, bersihkan cat di sekeliling lubang supaya gam dapat ditampal dengan kemas (Ulang proses ini beberapa kali jika perlu).

Bersihkan Cat
Kredit: TikTok @hairulvcool

Akhir sekali, panaskan bahagian bocor sekali lagi menggunakan blow torch dan tenyeh Heat-Seal Stik di bahagian tersebut sehingga lubang tertutup.

Peti Sejuk Bocor
Kredit: TikTok @hairulvcool

Moga bermanfaat.

BACA: Ini 5 Komponen ‘Wajib’ Periksa Kereta Ditenggelami Air Banjir

BACA: Kontinjen Robotik Negara Juara Keseluruhan World Robot Olympiad Di Turkiye

BACA: AirAsia Lancar Tambang Rendah Tetap Pada Tahun Baru Cina Ini, Raikan Bersama Keluarga Tercinta

Sumber: Hairul Vcool via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.