Usahasama antara Eastern & Oriental Berhad (E&O) dan Mitsui Fudosan Group dari Jepun telah meraikan acara topping out untuk pangsapuri mewah Conlay, sebuah pembangunan 51 tingkat di sini.
Upacara topping out ini menandakan penyempurnaan bingkai struktur bangunan Conlay, di mana proses pembinaan telah mencapai tingkat tertinggi, dan kemajuan projek ini mengikut jadual untuk disiapkan pada suku pertama 2025.
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM 900 juta, Conlay mempunyai 491 unit yang direka dengan teliti, dengan keluasan dari 743 kaki persegi (kps) untuk pangsapuri satu bilik, ke unit yang sebesar 1,335kps yang memuatkan susun atur dua-campur-satu bilik. Setiap unit dilengkapi dengan perkakas dan kemasan yang premium untuk memberikan kepuasan dan nikmat kehidupan di mana gaya moden diadun dengan keselesaan.
Direka oleh Kerry Hill Architects, suatu nama yang sinonim dengan rekabentuk bandaran dan resort percutian yang ikonik, Conlay diilhamkan sebagai satu menara tropika kontemporari di mana rekabentuk terkini digalas oleh keanggunan yang tidak akan lekang dengan peredaran waktu.
Dengan permukaan bangunan yang dihiasi dengan corak sirip serta bentuk yang menonjol, menara ini begitu menyerlah apabila dipandang dengan kota Kuala Lumpur sebagai latar belakang, ia juga memberikan pemandangan panoramik yang tidak dihindari oleh objek lain.
Berucap di upacara tersebut, pengarah urusan E&O Kok Tuck Cheong berkata topping out adalah satu detik yang amat penting untuk syarikat serta wawasannya untuk kehidupan bandaran.
“Conlay mencerminkan komitmen E&O terhadap hospitaliti dan ketelitian ketukangan, sementara mengintegrasikan falsafah rekaan ikonik dari Kerry Hill. Ia memberikan satu tempat istirehat yang elegan dan seimbang, di mana setiap butir turut diberi perhatian teliti untuk pengalaman kehidupan bandaran yang anggun.
Projek Conlay ini merupakan terjemahan wawasan E&O untuk mencipta wahah mewah di tengah Kuala Lumpur, ujarnya.
Lokasi Conlay yang strategik memberikannya kelebihan yang tidak dapat ditanding dari segi pengangkutan dan capaian kepada kemudahan bandaran. Terletak bersebelahan dengan stesen MRT Conlay, pembangunan ini membolehkan penghuninya berjalan kali ke pusat beli belah serta kemudahan rekreasi dan istirehat, termasuk Pavilion Kuala Lumpur dan kawasan Bukit Bintang.
Ia juga terletak berhampiran dengan wilayah kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang kian membangun, sekaligus menjamin capaian yang mudah kepada perkhidmatan perniagaan, hiburan dan beli belah.
Pengarah urusan Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia, Encik Masayoshi Saito berkata: “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan E&O untuk Conlay, suatu pembangunan yang mencerminkan keyakinan kami tentang kejayaan projek ini, dan juga dedikasi kami terhadap kehidupan bandaran yang unggul.
“Bersandarkan kepakaran E&O dalam kehidupan mewah dan hospitaliti, Conlay menunjukkan keutuhan kerjasama kami serta perkongsian wawasan untuk mencipta ruang dan pembangunan ikonik untuk penghuni yang bercitarasa,” katanya.
Kemudahan premium di Conlay merangkumi kolam renang infiniti, gimnasium serba lengkap, sauna, ruang santai pelbagai guna, serta ruang gunasama seperti perpustakaan, bilik muzik, dan bilik permainan. Pembangunan ini dilengkapi dengan ruang gaya hidup dan santapan di tingkat 50 demi kesenangan ekslusif penghuni.
E&O juga mendedahkan bahawa ia sedang mempertimbangkan penjenamaan khas untuk Conlay bagi memperhalusi definisi kehidupan mewah dan pengalaman eksklusif untuk penghuni.
Kok menyatakan bahawa beberapa pilihan yang mengujakan sedang diteliti, dan pengumuman akan dibuat pada suku pertama 2025 untuk mempertingkatkan lagi tawaran yang sedia ada.
“Conlay mencerminkan kepercayaan kami bahawa kemewahan yang tulen terletak pada pengalaman,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari theconlay.com.