Siakap Keli
tiada letupan gegaran machang
Kredit: Bernama

Tiada Letupan, Gegaran Kuat Berlaku Di Machang – Polis

Tiada Letupan, Gegaran Kuat Berlaku Di Machang – Polis

KOTA BHARU, 7 Disember (Bernama) — Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis ada menerima maklumat itu daripada seorang lelaki yang ketika itu berada di beranda rumahnya di kampung tersebut dan mendakwa terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah pesawat jet pada 1.30 pagi tadi.

Beliau berkata pada 9.15 pagi tadi, polis mengesan beberapa komen di laman sosial berkaitan letupan dan gegaran itu yang telah menjadi tular.

“Kejadian itu tidak ada dan orang ramai dinasihatkan agar jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat berkaitan sesuatu yang tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Gegaran & Bunyi Letupan Kuat Gemparkan Warga Ipoh

BACA: Gegaran Di Ipoh Tiada Kaitan Dengan Latihan Polis, Gempa Bumi Atau Letupan Kuari

BACA: Lebih 100 Maut Dalam Letupan Lori Tangki Minyak 

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.