Siakap Keli
Pesawat Malaysia mendarat ribut
Gambar: Tangkap Layar

“Dah macam ketam mengiringnya..” Tular Video Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Ribut Raih Perhatian

“Dah macam ketam mengiringnya..” Tular Video Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Ribut Raih Perhatian

Baru-baru ini tular satu klip video memaparkan sebuah kapal terbang milik Malaysia, Malaysia Airlines melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Heathrow London semasa ribut Darragh melanda Britain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Stephen Riches di Facebook Kumpulan True Malaysia Airlines Fans, kapal terbang itu terlihat seperti seekor ‘ketam’ sewaktu melakukan pendaratan di landasan lapangan terbang berkenaan.

Pesawat Malaysia mendarat ribut
Gambar: Tangkap Layar

Reaksi Netizen

Susulan itu, sebahagian warga maya memberi pujian dan menyifatkan juruterbang cekap dalam mengendalikan pesawat itu walaupun berdepan cabaran angin yang kuat.

“Angin lintang yang kuat, MAS mempunyai ramai juruterbang terbaik (Ace). Buktinya, mereka boleh melakukannya,” komen seorang pengguna.

Salute dengan Juruterbang MH,” tulis seorang lagi.

“Sekarang angin ribut di Eropah, baru balik malam tadi.

“Buat aku goosebumps. Terbaik Malaysia Airlines,” puji seorang lagi warganet.

https://www.facebook.com/groups/761639111247280/posts/1872533756824471/

Cetus tanda-tanya

Insiden itu turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, tentang bagaimana kapal terbang tersebut mendarat secara mengiring.

Untuk pengetahuan, teknik tersebut dipanggil crosswind landing, yang akan digunakan oleh juruterbang dalam masa-masa yang tertentu.

Apa itu Crosswind Landing?

Crosswind landing atau pendaratan angin lintang merupakan salah satu teknik pendaratan yang diajarkan kepada juruterbang dan termaktub dalam sistem penerbangan.

Dalam teknik tersebut ia membolehkan juruterbang melakukan kawalan silang atau pendaratan sayap-rendah.

Dalam keadaan ini, juruterbang akan menerbangkan kapal terbang ke landasan dengan hanya kawalan silang (mengiring) yang cukup untuk memastikan pesawat sejajar dengan garis tengah

Teknik ini berfungsi untuk bahagian tepi belakang setiap sayap kapal (aileron) mengawal pergerakan sisi kapal terbang.

BACA: 8 Juta Penerima STR Terima SARA one-off Bermula Hari Ini

Ia digunakan untuk mengatasi hanyutan arah angin yang disebabkan oleh angin lintang dan dalam masa yang sama memastikan kapal terbang meluncur pada garis tengah landasan.

Menurut AOPA, arah dan kelajuan angin sering berubah mengikut ketinggian, oleh itu kawalan secara mengiring juga akan meningkat untuk menggerakkan pesawat apabila kelajuan pesawat berkurangan.

Secara umumnya, kawalan dan pesongan aileron perlu ditingkatkan apabila kelajuan pesawat berkurangan, lebih-lebih lagi angin boleh menjejaskan pendaratan kapal terbang.

Kaedah pendaratan

Gambar: AFP

Difahamkan, untuk juruterbang yang mahu berlatih melakukan pendaratan crosswind landing adalah dengan membuat satu siri pendekatan rendah ke landasan yang panjang.

Angin

Lazimnya, tiupan angin, penurunan udara sejuk dan ricih angin merupakan sebahagian daripada sebab juruterbang melakukan crosswind landing.

Apabila berdepan dengan cuaca demikian, juruterbang diperlukan untuk mengenal pasti laluan pendekatan, kelajuan, konfigurasi dan teknik yang akan digunakan bagi memastikan pesawat mendarat dengan lancar.

Bagi keadaan angin bertiup kencang atau ricih angin, juruterbang akan meningkatkan kelajuan pendekatan sebanyak separuh daripada faktor tiupan atau separuh daripada kehilangan kelajuan udara yang dilaporkan akibat ricih angin.

Pesawat Malaysia mendarat ribut
Gambar: Tangkap Layar

Misalnya, jika angin bertiup pada kelajuan 12 knot, juruterbang perlu menambah separuh faktor tiupan sebanyak 6 knot.

Jika angin bergelora, ia sangat membantu sekiranya mempunyai ketinggian tambahan semasa menghampiri landasan boleh menjadi penyelamat nyawa sekiranya kapal terbang menghadapi geseran turun atau ricih angin.

Selain itu, juruterbang boleh mengurangkan kawalan terhadap sayap pesawat sepenuhnya ketika mendarat sewaktu angin kencang

Had untuk mendarat

Satu faktor yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan pendaratan angin lintang adalah keupayaan kapal terbang, berlandaskan buku panduan pengendalian juruterbang (POH).

Apabila angin lintang melebihi had peribadi (luar kemampuan) juruterbang atau had pesawat, pilihan terbaik ialah melencong ke lapangan terbang yang anginnya lebih baik.

Sumber: Stephen Riches via Kumpulan True Malaysia Airlines Fans

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.