Siakap Keli
10 Jenis Makanan Untuk Menguatkan Memori
Sumber : One Medical

Kuatkan Memori, Ini 10 Makanan Anda Perlu Ambil

Kuatkan Memori, Ini 10 Makanan Anda Perlu Ambil

Pemakanan yang betul sangat penting untuk membantu menguatkan memori, meningkatkan fokus, dan menyokong kesihatan otak. Terdapat banyak jenis makanan yang boleh membantu untuk menguatkan memori.

Kebiasaannya, apabila anak-anak ingin menduduki peperiksaan ibu bapa juga akan turut berasa tekanannya dan risau. Oleh itu, anda sebagai ibubapa juga boleh memastikan diet seharian yang berkhasiat untuk anak-anak.

Jenis makanan yang dapat membantu untuk menguatkan memori adalah seperti berikut:-

10 Makanan Yang Membantu Untuk Kuatkan Memori

1.Ikan Berlemak

  • Ikan seperti salmon, tuna, dan sardin kaya dengan asid lemak Omega-3 yang penting untuk kesihatan otak. Omega-3 membantu untuk meningkatkan dan menguatkan fungsi memori.

2. Kacang dan Biji-bijian

  •  Kacang badam, walnut, dan chia seed adalah sumber yang baik untuk vitamin E, yang dapat melindungi otak daripada kerosakan dan meningkatkan daya ingatan.

3. Buah-buahan Beri

  • Buah beri seperti blueberi, strawberi, dan raspberi mengandungi antioksidan yang dapat melindungi otak dan membantu meningkatkan komunikasi antara sel otak, yang berfungsi untuk memori yang lebih baik dan kuat.

BACA : Cara Semak Status SARA 2024

4. Telur

  • Telur mengandungi vitamin B dan zat yang bermanfaat untuk kecergasan dan kesihatan otak. Telur mengandungi kolin yang penting untuk hippocampus, pusat memori pada otak.

5. Sayur-sayuran Hijau Gelap

  • Sayur seperti bayam, kale, dan brokoli kaya dengan vitamin K, folat, dan antioksidan yang menyokong kesihatan otak dan meningkatkan dan menguatkan memori.

6. Oatmeal

  • Oatmeal adalah sumber karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga yang berterusan untuk otak. Ia juga mengandungi serat yang membantu meningkatkan tumpuan dan fokus.

7. Avokado

  • Avokado kaya dengan lemak yang baik untuk peredaran darah ke otak dan menyokong fungsi kognitif yang lebih baik. Avocado ini mengandungi beberapa vitamin yang penting dalam memastikan perkembangan otak secara optimum dan dapat membantu dalam menguatkan memori.

8. Dark Chocolate

  • Dark chocolate dengan kandungan flavonoid yang tinggi boleh meningkatkan aliran darah ke otak dan terbukti baik untuk kesihatan otak, serta meningkatkan memori dan fokus.

9. Teh Hijau

  • Beberapa kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan fungsi memori dengan membantu memperbaiki daya ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

10. Yogurt dan Produk Tenusu

  • Yogurt, keju, dan susu mengandungi probiotik yang baik untuk kesihatan usus, yang seterusnya dapat mempengaruhi kesihatan otak dan mood.

Selain itu, pastikan untuk kekal terhidrat dengan meminum air yang cukup kerana dehidrasi boleh mengganggu fungsi otak dan menyebabkan keletihan.

Dengan menggabungkan makanan ini dalam diet harian, anda dapat memberi sokongan yang baik untuk memori dan tumpuan semasa musim peperiksaan.

suhaila

live your best life

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.