Siakap Keli
Man city tersingkir juventus
Gambar: AFP

Man City Berisiko Tersingkir Awal Selepas “Diaibkan” Juventus

Man City Berisiko Tersingkir Awal Selepas “Diaibkan” Juventus

TURIN — Gergasi Liga Inggeris (EPL), Manchester City berisiko tersingkir awal dari Liga Juara-Juara (UCL)  selepas tumbang kepada Juventus 2-0, lapor AFP.

Juara EPL musim lalu itu kini merana di tempat ke-22 selepas hanya mengumpul lapan mata daripada enam perlawanan mereka.

Keputusan ini menyaksikan City merekodkan hanya 1 kemenangan, 2 seri dan 7 kekalahan dalam 10 perlawanan sebelum ini.

Gambar: AFP

Berbaki lagi dua perlawanan, The Citizen bakal menentang Paris Saint-Germain (PSG) dan Club Brugge dalam memastikan skuad itu mara ke pusingan 16 terakhir.

“Kami bermain dengan baik” – Pep

“Kami perlu mendapatkan mata, kami akan pergi ke Paris untuk mencuba dan melakukan itu dan termasuk untuk perlawanan terakhir di laman sendiri.

“Kami boleh keluar daripada tempoh ini dengan bermain seperti yang kami lakukan hari ini. Kami tidak banyak hilang bola dan saya fikir kami bermain dengan sangat baik. Mereka berhak lebih kerana mereka memberikan segala-galanya,” ucap pengurus dari Sepanyol itu.

City Tumbang Di Itali

Gambar: AFP

Bermain di Stadium Allianz, Juventus dan pelawat buntu dalam mencari gol pada babak pertama.

Bagaimanapun, tuan rumah berjaya memecahkan kebuntuan gol menerusi gol tandukan Dusan Vlahovic pada minit ke-53.

Pelawat cuba bangkit dengan beberapa serangan berbahaya namun berjaya dipatahkan The Old Lady.

Weston McKennie meranapkan impian anak-anak buah Pep untuk sekurang-kurangnya mencuri satu apabila meledak gol kedua pada minit ke-75.

Liverpool Terus ‘Beku’ Di UCL

Sementara itu, Liverpool terus mengekal rekod tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara (UCL) selepas kemenangan tipis 1-0 menentang Girona awal pagi semalam.

Sepakan penalti Mohamed Salah pada minit ke-62 menjadi pemisah kepada kedua-dua pasukan itu di  Estadi Montilivi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red di bawah kendalian jurulatih Arne Slot mendominasi carta UCL, lima mata di hadapan Bayern Leverkusen di tempat kedua.

Ia sekaligus meletakkan pasukan itu di posisi terbaik ke pusingan 16 terbaik.

Sumber: AFP via France24

BACA: Victor Mohon Maaf Isu Jalur Gemilang Terbalik Di Jersi Zii

BACA: Keputusan 115 Dakwaan Terhadap Man City Bakal Diketahui Tahun Depan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.