Derbi Manchester: Pertarungan Ikonik Dua Kelab Yang ‘Dahaga’ 3 Mata
Hujung minggu ini bakal berlangsung satu perlawanan tumpuan dalam Liga Perdana Inggeris antara Manchester City lawan Manchester United.
Manchester Derby ini dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2024, jam 12.30 tengah malam (waktu Malaysia).
Ikoniknya, pertemuan ini berlangsung ketika kedua-dua pasukan sedang bergelut dengan prestasi masing-masing.
Manchester City
Kita mulakan dengan Manchester City terlebih dahulu. City masuk ke gelanggang kali ini dengan rekod hanya satu kemenangan dalam 10 perlawanan.
Ini boleh dikatakan rekod 10 perlawanan terburuk Man City sejak Pep Guardiola dilantik sebagai pengurus.
Juara bertahan Premier League itu juga baru sahaja tewas dengan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Dengan kekalahan itu, Man City menduduki tangga ke-22 selepas 6 perlawanan berlangsung.
Ketiadaan pemenang Ballon d’Or 2024, Rodri Hernandez sedikit sebanyak merencatkan sistem pertahanan Man City yang sudah bolos 23 gol dalam 10 perlawanan.
Namun, menurut Pep, kemerosotan prestasi Man City lebih besar dari ketiadaan Rodri di bahagian Defensive Midfield.
Pep yang baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama Man City akan kekal bersama kelab itu sehingga tahun 2027.
Guardiola telah membawa Man City menjuarai enam gelaran Liga Inggeris dan menamatkan kemarau City menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah.
Secara keseluruhan, Pep telah menjulang 18 piala bersama Man City setakat ini.
Walaupun dilanda masalah prestasi, penyerang utama mereka, Erling Haaland masih lagi mendominasi carta penjaring terbanyak liga sehingga kini.
Haaland yang juga pemenang kasut emas musim lepas sudah menjaringkan 13 gol musim ini di Premier League berkongsi jaringan dengan Mohamed Salah.
Manchester United
Walaupun baru sahaja menyambut ketibaan Ruben Amorim sebagai pengurus baharu mereka, United masih lagi tercari-cari rentak permainan mereka dengan barisan kejurulatihan yang baru.
Dalam 6 perlawanan kendalian Amorim setakat ini, United mencatat 3 kemenangan, 1 seri dan 2 kalah.
United ketika ini menghuni tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris dan tangga ketujuh Liga Europa.
Man United memulakan kempen dengan langkah sumbang musim ini di bawah kendalian Erik Ten Hag.
Ten Hag kemudian dipecat dan United meletakkan Ruud van Nistelrooy sebagai pengurus interim sebelum melantik Amorim dari Sporting CP.
Amorim datang ke Liga Perdana Inggeris dengan status membawa kelab Sporting menjuarai liga utama Portugal dan sudah tentu harapan yang tinggi diletakkan oleh peminat United.
Formasi tiga bek yang diamalkan Amorim di liga portugal juga diteruskan di United dan belum menjadi setakat ini.
Perlawanan terakhir Liga Inggeris, United tewas tipis 2-3 dengan Nottingham Forest di stadium keramat Old Trafford.
Awal pagi tadi pula, United mendapat tonik terbaik sebelum Derbi Manchester apabila menang 1-2 dengan Viktor Plzen dalam saingan Liga Europa.
Sudah pasti pertemuan dengan City menjadi kayu ukur ke mana hala tuju United musim ini dalam saingan Premier League.
Pertemuan Ikonik
Seperti SK katakan awal tadi, pertemuan ini menjadi ikonik kerana kedua-duanya sedang bergelut dengan prestasi semasa.
Kedua-dua mereka dahagakan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.
United bakal bertandang ke Etihad Stadium untuk perlawanan kali ini dan rekod Unite di empat lawan agak baik.
Sama-sama kita saksikan perlawanan ini nanti.