Siakap Keli
lembah rift pinglu
Kredit: Daily Himalayan News/The Mind Circle

Kenali Pinglu Rift Valley, Pesona Alam Di China

Kenali Pinglu Rift Valley, Pesona Alam Di China

Sering kita dengar, kejadian alam semula jadi dipenuhi keajaiban yang tidak dapat kita bayangkan. Apatah lagi ditiru oleh manusia. Antara keajaiban alam yang terkenal di dunia dan biasa kita dengar ialah aurora borealis di Hemisfera Utara serta keindahan Pulau Jeju.

Di negara kita sendiri punyai keindahan alam semula jadi Taman Negara Gunung Mulu, Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu dan Air Terjun Telaga Tujuh. Namun begitu, pasti ramai yang masih belum tahu tentang kewujudan satu lagi pesona alam semula jadi yang terletak jauh di China.

Terletak di Pinglu, Shanxi, lembah ini meliputi kawasan pergunungan seluas kira-kira 400,000 kilometer per segi di Dataran Tinggi Loess. Lembah Rift Pinglu yang sejauh 10 kilometer panjang ini terbentuk disebabkan berlakunya pergerakan kerak bumi.

Kira-kira 10 juta tahun lalu, tekanan tektonik yang berlaku telah membentuk lembah ini. Lembah Pinglu terletak di selatan Sungai Kuning dan berdekatan Bandar Yuncheng. Disebabkan kejadian alam ini, Dataran Eurasia dan blok utara China terpisah menjadi sempadan kedua-dua plat ini.

Mempunyai lebar sejauh satu hingga dua kilometer, Lembah Rift Pinglu ini mempunyai jurang sedalam kira-kira 100 meter. Dengan tebing curam yang terbentuk daripada tekanan semula jadi, lapisan tanah halus dan subur berwarna kekuning-kuningan dikenali sebagai ‘loes’ membentuk lembah ini.

BACA: Macam Mana Shah Alam Terpilih Jadi Ibu Negeri Selangor? Ini Jawapannya

Lembah rift terbentuk apabila plat tektonik di bawah permukaan Bumi terpisah atau menjauhi satu sama lain. Proses ini dipanggil rifting atau keretakan. Kejadian ini berkemungkinan berlaku disebabkan aktiviti gunung berapi atau gempa bumi.

Apabila plat-plat ini terpisah, permukaan Bumi semakin meregang dan menipis. Akhirnya menyebabkan tanah di permukaan atas mendap dan membentuk satu lembah yang panjang.

Penting untuk anda tahu, lembah rift ini bukan melibatkan hanya satu lembah yang besar tetapi terdiri daripada satu sistem yang menyambungkan lembah-lembah, palung-palung dan beberapa tasik. Kesemua bentuk muka bumi ini terjadi disebabkan pergerakan plat tektonik.

BACA: Pelik Tapi Menjadi, Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Yang Tak Pernah Dibuat Orang

Berdasarkan kejadian alam yang unik ini, beberapa ciri lembah rift boleh dikenal pasti antaranya ialah bentuk dan saiz. Secara umumnya, lembah rift berbentuk memanjang dengan lekukan tanah yang sempit sejauh beberapa ratus kilometer. Lantai lembah ini selalunya rata disebabkan mendapan dan pengumpulan keladak gunung berapi. Di bahagian tepinya pula, bentuk muka bumi lebih curam, kadangkala membentuk seperti tangga ketika proses keretakan berlaku.

Di lembah ini juga selalunya terdapat tasik yang besar dan dalam. Ia disebabkan tekanan dan potensi sekatan air akibat aktiviti gunung berapi. Tasik-tasik ini selalunya mempunyai ekosistem disebabkan pengasingan yang berlaku dan menjadi sumber air tawar di kawasan tersebut. Bagi keadaan ini pula, contoh paling sesuai ialah Lembah Rift Baikal di Siberia. Di sini, terdapat Tasik Baikal yang merupakan tasik air tawar paling dalam di dunia.

BACA: Banyak Benda Kena Cakna, Ini Tip Persediaan Untuk Mendaki Gunung Kinabalu

Kerak nipis yang sering dikaitkan dengan lembah rift mampu menjadi laluan buat magma untuk naik dari mantel. Ia menyebabkan aktiviti gunung berapi yang ketara di sepanjang keretakan yang berlaku. Ia akan membentuk gunung berapi dan ciri gunung berapi seperti pengaliran lava. Contoh paling sesuai dengan keadaan ini ialah Lembah Great Rift di Afrika.

Seterusnya, apabila adanya lohong-lohong magma yang bergabung dengan kerak yang nipis, ia boleh membawa kepada aktiviti geoterma di lembah-lembah tersebut. Keadaan ini mewujudkan kolam air panas, geiser dan lohong gunung berapi.

Ciri yang terakhir, merupakan fungsi lembah-lembah ini sebagai pulau ekologi yang menempatkan pembentukan spesies-spesies yang unik. Hal ini disebabkan pengasingan yang berlaku, di samping keadaan persekitarannya. Gabungan tasik air tawar, persekitaran gunung berapi dan topografi yang pelbagai dapat menghasilkan habitat yang berbeza bagi tumbuhan dan haiwan.

Sumber: The Mind Circle, Let’s Talk Geography, Geology In

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.