Siakap Keli
Hujan negeri tengah malam ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa 3 Negeri Hingga Tengah Malam Ini

Hujan Lebat Diramal Landa 3 Negeri Hingga Tengah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga jam 12 tengah malam ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, METMalaysia memaklumkan bahawa negeri yang terlibat adalah Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Johor, tiga daerah diramal hujan iaitu Kluang, Kulai dan Kota Tinggi.

“Di Sarawak pula kawasan yang terlibat termasuk Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Manakala di Sabah hanya melibatkan Pedalaman (Sipitang),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid034dbXatuQmYT3bwD5yy76oP9oMjpZiqABUVq5YU91KyRLDr9EU4FJ4QpC4k86DEyYl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan

BACA: Arteta ‘Kecewa’ Selepas Arsenal Seri Tanpa Jaringan Menentang Everton

BACA: Gunung Semeru Di Jawa Timur, Indonesia, Meletus

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.