Siakap Keli
Ribut Petir negeri malam ini
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga jam 8 malam ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, METMalaysia memaklumkan bahawa negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak daerah yang terlibat adalah Kerian, Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor membabitkan kawasan Hulu Selangor dan Gombak.

“Sementara di Pahang termasuk Raub, Bentong, Temerloh dan Bera. Dalam pada itu, di Johor pula melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

“Di Sarawak, kawasan yang diramal hujan ialah Sarikei (Meradong), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

“Di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) ,” maklum METMalayia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0Q2MTTrMikfUze93vE7h7MXPRjX72kJhNfNxwG3BjW3LchHYx1mPGynKL6Qd6X1eql

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.