Tular Video Air Laut Melimpah Ke Kawasan Penduduk Di Utara Jakarta
Baru-baru ini tular beberapa video memaparkan air laut dipercayai melimpah sekitar kawasan penduduk di Utara Jakarta.
Berdasarkan rakaman video tersebut, ia berpunca daripada fenomena air pasang laut yang melepasi tebing penghadang yang dibina.
Berikut antara video memaparkan fenomena itu;
@gunner_952 air laut meluap muara baru siaga
@dewi.zelma Air laut pasang di daerah Muara Angke. Ini posisi fpn Bay Walk pluit hari Senin jam 11.00
@tengkujimmi Muara Angke Jakarta utara air Laut naik ke darat menerjang pemukiman penduduk 16 Desember 2024, akankan ibukota tenggelam #jakarta #ibukota #fypシ゚
@andreas.siburian6 banjir di muara baru akibat pasang surut air Laut
@berita_medsos
Sementara itu, portal berita ANTARA melaporkan beberapa lokasi di Jakarta Utara seperti Muara Angke, Pelabuhan Sunda Kelapa, kawasan Ancol, Jalan RE Martadinata, Kapuk Muara ditenggelami air pasang laut pada pagi Isnin.
Ketua RW 22 Muara Angke Bani berkata, keadaan air cukup tinggi mengakibatkan kawasan perumahan di sekitar ditenggelami air.
“Pagi tadi banjir sekali lagi dan kami sedang mengumpul data penduduk yang terjejas,” katanya.
Katanya lagi, air dari laut melimpah hingga melimpah masuk ke jalan di Jeti Ujung 1 Muara Angke.
Sebelum ini, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik telah mengeluarkan amaran awal banjir pasang surut pada 11 Disember hingga 20 Disember ini.
Banjir ini berlaku akibat fenomena pasang surut air laut maksimum bertepatan dengan fasa anak bulan yang berpotensi meningkatkan ketinggian air laut maksimum dalam bentuk banjir pantai (Rob) di kawasan pantai utara Jakarta.
Jakarta bakal tenggelam?
Sebelum ini, satu video memaparkan keadaan terkini paras air laut di satu lokasi di Jakarta.
Melalui video tersebut, jelas kelihatan paras air laut di pantai dalam wilayah itu sudah hampir melepasi tembok yang dibina di persisiran pantai.
“Jakarta akan tenggelam dengan lebih cepat,” katanya dalam video tersebut.
Dia sempat menjelaskan bahawa tanah di Jakarta sudah menurun sebanyak 12 hingga 18 sentimeter setahun.
Keadaan itu terbukti apabila tembok besar yang dibina untuk menghalang banjir daripada berlaku telah dilimpahi air laut yang ditolak dengan ombak yang kuat.
“Pembinaan Giant Sea Wall di Jakarta untuk menghalang banjir masih diteruskan sejak ia dimulakan pada tahun 2014,” tambahnya lagi.
Sumber: ANTARA