Siakap Keli
amanahraya care

Kumpulan AmanahRaya Lancar ‘AmanahRaya Care’, Bantuan Pasca Banjir Di Kedah Dan Kelantan

Kumpulan AmanahRaya Lancar ‘AmanahRaya Care’, Bantuan Pasca Banjir Di Kedah Dan Kelantan

Kuala Lumpur, 15 Disember 2024 – Kumpulan AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya hari  ini, memperkukuhkan lagi komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan melancarkan Misi  Bantuan Pasca Banjir ‘AmanahRaya Care’ di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.  

‘AmanahRaya Care’ digerakkan secara serentak ke beberapa daerah yang terjejas teruk di  negeri Kedah dan Kelantan pada 14 Disember dan 15 Disember 2024. Antara keperluan yang  disalurkan adalah keperluan asas seperti tilam, bantal, selimut, pek barangan makanan dan  keperluan lain bernilai lebih kurang RM140,000.00 kepada hampir 1,000 mangsa di dua (2) buah negeri berkenaan. 

amanahraya care

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan, dalam  kenyataannya berkata ‘Kumpulan AmanahRaya berharap agar sumbangan pasca banjir ini  dapat meringankan beban mangsa di negeri tersebut. Usaha proaktif ini dilakukan sebagai  tanda dedikasi Warga Kerja terhadap rakyat Malaysia yang ditimpa musibah selain bagi  menerapkan sifat empati dan semangat kemanusiaan yang tinggi dalam kalangan pekerja.’ 

Tambah beliau, Kumpulan AmanahRaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini bencana banjir. Justeru, inisiatif ini dilaksanakan bagi meringankan beban mereka dan sebagai  persediaan untuk menghadapi gelombang kedua yang dijangka melanda negara. 

amanahraya care

Tiga (3) anak syarikat di bawah Kumpulan AmanahRaya iaitu AmanahRaya Trustees Berhad, AmanahRaya Kenedix-REIT Manager Sdn. Bhd. dan AmanahRaya Investment Management Sdn.  Bhd turut berganding bahu bagi menjayakan misi ini.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.