Siakap Keli
remaja perempuan hilang muar
Kredit: Polis Daerah Muar

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Muar

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Muar

MUAR, 17 Disember (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Semaseh, Panchor di sini pada tengah hari 10 Dis.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata laporan kehilangan Puteri Wafaaumairah Roslan dibuat oleh ibunya di Balai Polis Panchor Rabu lepas.

“Remaja berkenaan bertubuh kurus, berkulit putih, rambut perang paras bahu dan tinggi 155 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Erwine Pedaron di talian 013-7609454 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerusi talian 06-9526001.

BACA: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Remaja Perempuan Hilang

BACA: Operasi Mencari Anggota TDM Hilang Di Royal Belum Tiada Petunjuk Baharu – ATM

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.