Siakap Keli
rakyat malaysia teluk guantanamo
Kredit: Bernama

AS Serah Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo

AS Serah Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo

KUALA LUMPUR, 18 Disember (Bernama) — Amerika Syarikat menyerahkan kembali dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI atas prinsip hak asasi manusia dan dukungan keadilan sejagat telah menerima dua warganegara Malaysia, yang diserah oleh kerajaan Amerika Syarikat selepas ditahan sejak 2006.

“Kementerian Dalam Negeri merakamkan ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

BACA: Kerajaan Jamin Integriti Data Rakyat Sentiasa Dijaga – Saifuddin Nasution

Pada 1 Oktober lepas, Saifuddin Nasution berkata kerajaan memulakan rundingan dengan pihak berkuasa Amerika berkaitan cadangan untuk membawa pulang dua rakyat Malaysia itu dan masih belum ada sebarang keputusan dibuat.

Kedua individu tersebut ditahan di kem berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kumpulan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda sejak 2003.

Pada 30 Ogos 2021, mereka dihadapkan ke Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo, berhubung insiden pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002.

BACA: Ribut Kuat Tumbangkan Pokok Sekitar Putrajaya

BACA: Harga Runcit RON95, Diesel Kekal, Harga RON97 Naik

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.