Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Kataha
Kredit: chatgpt.com

Wujud Seawal Kurun Ke-2 Masihi, Ini Sejarah Menarik Kataha

Athirah

Wujud Seawal Kurun Ke-2 Masihi, Ini Sejarah Menarik Kataha

Syarikat produksi tempatan, Astro Shaw baru-baru ini telah memperkenalkan inisiatif baharu yang dinamakan Astro Shaw Cinematic Universe.

Menurut Astro Awani, projek berkenaan bakal menghimpunkan pelbagai filem dan siri premium yang diinspirasikan daripada francais popular seperti Polis Evo, High Council Universe dan Keluang Man.

Antara judul yang diumumkan termasuk Polis Evo 4 dan siri Evo Academy, siri premium Kudrat 1968 dari High Council Universe dan francais Keluang Man seperti Keluang Man, Baling, Patani, Keluang Man 2, Besut dan Kataha.

Gambar: TGV Cinema

Sejak itu, warga maya mula berbincang tentang judul-judul filem yang bakal diterbitkan dan yang paling mencuri tumpuan tentunya adalah Kataha.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Kataha? Adakah Kataha merujuk kepada nama tempat, negeri atau kerajaan yang pernah wujud pada satu ketika?

Jadi, kali ini SK ingin berkongsi serba sedikit mengenai Kataha berdasarkan rujukan daripada sumber-sumber tempatan yang ada.

Kataha, kerajaan Kedah Tua yang wujud seawal kurun ke-2

Untuk pengetahuan pembaca, Kataha adalah nama lain bagi Kedah Tua, iaitu salah sebuah tamadun terawal yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu.

Kewujudan kerajaan ini meninggalkan banyak khazanah yang mempengaruhi peradaban dan budaya yang ada di Malaysia pada hari ini.

Selain Kataha (Sankrit), nama Kedah Tua juga dikaitkan dengan beberapa istilah lain seperti Kadaram (Tamil) dan Qalha (Arab).

Kepelbagaian nama yang merujuk kepada kerajaan yang sama membuktikan hubungan luas yang dimiliki oleh kerajaan Kedah Tua dengan dunia luar terutamanya tamadun-tamadun dari India, Arab dan juga China.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang | BERNAMA

Menurut jurnal yang diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia bertajuk Kedah Tua: Satu Cerakinan Sumber India, Kedah Tua adalah sebuah kerajaan awal atau kota pelabuhan yang wujud di Lembah Bujang.

Kerajaan ini dipercayai berdiri atau wujud antara kurun ke-2 sehingga kurun ke-14 Masihi.

Lembah Bujang, tempat berkembangnya kerajaan Kedah Tua pula merangkumi kawasan-kawasan dari Sungai Sala di Utara, Gunung Jerai, Lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda hingga ke Cherok Tokkun.

Lokasi Kedah Tua yang terletak di pintu masuk Selat Melaka dan Teluk Bengal menjadikan kerajaan itu tempat persinggahan utama pedagang luar, terutamanya dari India.

Ada disebut dalam karya-karya sejarah sastera Sanskrit

Menurut jurnal itu lagi, nama Kataha ada disebut dalam dua sumber penulisan sastera Sankrit. Dua penulisan berkenaan adalah Kathasaritsagara (ditulis antara kurun ke-8 hingga 11 Masihi) dan Kaumudimahotsava (kurun ke-8 Masihi).

Kathasaritsagara yang bermaksud “lautan cerita-cerita” adalah himpunan karya-karya yang ditulis dalam bahasa Sankrit. Manakala Kaumudimahotsava pula adalah sebuah karya drama Sankrit yang ditulis oleh Vijjaka.

Walaupun kedua-duanya adalah karya-karya sastera sejarah dan bukannya sumber sejarah yang tulen, namun ia dapat memberikan sedikit gambaran tentang Kedah Tua.

Berdasarkan Kathasaritsagara, Kedah Tua disebut sebagai Kataha Dvipa, yang dinyatakan sebagai sebuah pelabuhan yang kaya-raya dan benar-benar wujud.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang | BERNAMA

Dalam karya berkenaan, penulisnya menggunakan Kedah Tua sebagai salah satu latar belakang untuk cerita epik tersebut.

Manakala dalam Kaumudimahotsava pula, Kedah Tua disebut sebagai Katahanagara, iaitu gambaran kepada sebuah bandar terkenal yang dilawati para pedagang India secara berterusan.

Dalam teks berkenaan juga, Pelabuhan Kataha disebutkan telah dihubungkan secara terus dengan India, berkemungkinan ke Tamralipti.

Selain itu, Katahanagara juga digambarkan sebagai sebuah kota yang memiliki penduduk dengan kehidupan yang bahagia.

Candi di Lembah Bujang | BERNAMA

Menurut jurnal itu lagi, nama Kataha juga ada disebut dalam sumber-sumber yang lain seperti penulisan Purana dan sastera Prakrit.

Bermaksud ‘Mangkuk Besi’, jadi bukti kepentingan Kataha kepada tamadun dunia

Sementara dalam artikel BERNAMA yang dirujuk dari laporan Berita Media Corp, Kataha dalam bahasa Sankrit juga membawa maksud ‘Mangkuk Besi’.

Ia sekaligus menunjukkan keistimewaan Kedah Tua dalam industri besi dunia serta boleh menjadi petanda kepada penguasaan tinggi teknologi peleburan besai yang dimiliki oleh masyarakat ketika itu.

Melalui kajian-kajian yang dijalankan penyelidik Universiti Sains Malaysia, mereka juga menemui bengkel peleburan besi atau relau yang digunakan untuk melebur besi di Sungai Batu dan kawasan sekitarnya.

Tapak peleburan besi di Lembah Bujang | BERNAMA

Sungai Batu adalah salah satu kawasan di Lembah Bujang, kawasan berdirinya kerajaan Kedah Tua.

Penemuan-penemuan tersebut dan kajian lanjut yang dibuat boleh menjadi bukti kehebatan tamadun Kedah Tua dan peranan penting kerajaan berkenaan dalam industri besi dunia purba.

BACA: Jalur Gemilang Terbalik Pada Jersi Zii Jia, Permohonan Maaf Memadai – Hannah

Sumber: Jurnal artikel UKM, EPrints USM