Siakap Keli
6 negeri hujan metmalaysia
Kredit: Bernama

6 Negeri Dijangka Hujan Lebat Petang Ini – MetMalaysia

6 Negeri Dijangka Hujan Lebat Petang Ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal landa enam negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim di Perak bakal terima hujan lebat.

Begitu juga dengan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor.

Melihat keadaan cuaca di pantai timur, daerah Pasir Puteh, Kelantan turut tersenarai menerima hujan lebat. Manakala di Terengganu, MetMalaysia menyenaraikan daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus bakal hujan lebat.

Di Pahang, hanya daerah Rompin tersenarai dalam amaran yang dikeluarkan. Begitu juga daerah Mersing di Johor.

BACA: Lebih 3,000 Kes Insiden Di Laut Direkodkan Sejak 2006 Hingga Semalam – APMM

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat berhati-hati ketika dalam perjalanan. Elakkan berada di tempat berisiko ketika hujan.

BACA: Isu Pensyarah UM Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Sedang Disiasat – KPT

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk dan waspada merangkumi kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga 22 Disember.

Amaran hujan berterusan pada tahap buruk dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di Sarawak, daerah Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang tersenarai dalam amaran tersebut. Manakala di Sabah, hujan berterusan dijangka landa daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort).

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan pada tahap waspada dikeluarkan bagi daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Song dan Kapit) di Sarawak. Manakala di Sabah, daerah yang tersenarai termasuk Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

BACA: Tol Percuma Sempena Krismas Pada 23 & 24 Dis – Nanta

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.