Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, selain keseluruhan negeri Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Manakala, di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
“Di Johor pula, daerah yang terlibat termasuklah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kematian Kucing Di UM: Polis Sahkan Akibat Serangan Anjing Liar
BACA: Kerajaan Salur Bantuan RM3.17 Juta Kepada 90 Rumah Ibadat Bukan Islam
BACA: 30 Rumah Rosak Akibat Angin Kencang Di Semporna – Bomba
Sumber: METMalaysia