Siakap Keli
festival warisan sabah

Festival Warisan Sabah 2024: Keunikan Budaya Sabah Menyatukan Pelbagai Komuniti

Festival Warisan Sabah 2024: Keunikan Budaya Sabah Menyatukan Pelbagai Komuniti

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2024 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin  Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah  menyempurnakan Festival Warisan Sabah 2024 yang berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2024 di Muzium Negara, Kuala Lumpur.  

Festival ini mengetengahkan budaya dan tradisi Sabah dengan persembahan menarik seperti Tarian Sumazau, Tarian Magunatip dan demonstrasi seni kraf  tangan seperti tenunan Rungus, anyaman rotan, dan ukiran kayu. Selain itu, pengunjung boleh mencuba makanan asli Sabah, termasuk menyaksikan  pertandingan membungkus kelupis. 

Pengunjung turut dapat menyertai aktiviti tarian kebudayaan, memperlihatkan kerjasama dan semangat perpaduan antara komuniti yang berbeza. Cerita rakyat  seperti Lagenda Huminodun dan persembahan kebudayaan Sabah turut  dipersembahkan, menjadikan acara ini pengalaman yang lengkap untuk memahami  dan menghargai warisan Sabah. 

festival warisan sabah

“Festival ini bukan sahaja mempromosikan keindahan budaya Sabah tetapi turut menjadi platform menyatukan komuniti pelbagai latar belakang dan dengan  penyertaan dari pelbagai pihak, kami berharap untuk melestarikan seni, tradisi, dan  nilai kebudayaan agar terus diwarisi oleh generasi akan datang“, menurut YBhg.  Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian  Perpaduan Negara. 

festival warisan sabah

Semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum, agama dan usia dijemput hadir bagi  memeriahkan dan merasai pengalaman menarik sempena sambutan Festival Warisan Sabah yang berlangsung selama dua hari di Muzium Negara ini. Jangan  lepaskan peluang menyaksikan kepelbagaian budaya Sabah dan semangat  perpaduan antara komuniti dalam suasana penuh warna-warni di ibu negara.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.