Siakap Keli
hkm mpi petronas
Sumber : BERNAMA

Penyertaan HKM MPI PETRONAS 2024 Telah Dibuka

Penyertaan HKM MPI PETRONAS 2024 Telah Dibuka

Cyberjaya, 20 Disember – Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2024 telah mula dibuka pada 16 Disember lalu. 

Pengiktirafan tertinggi terhadap karya-karya kewartawanan Malaysia melalui Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) kini memasuki edisi ke-44 tahun penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 1980. 

Sejumlah 23 kategori dipertandingkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024 (HKM 2024) dengan nilai hadiah RM 450,000 yang ditaja oleh PETRONAS. 

Menurut Pengurus Anugerah MPI, Salman Husni Abdollah “Penyertaan HKM 2024 telah mula dibuka pada 16 Disember 2024 dan hanya karya kewartawanan yang telah diterbit dan disiarkan sepanjang tahun 2024 layak menyertainya.” 

“Terdapat beberapa pindaan yang ketara pada syarat-syarat dan peraturan penyertaan, antaranya; Kategori Wartawan Muda A. Samad Ismail, penyertaannya perlu mengemukakan dokumen sokongan berbentuk profil diri dan pencapaian yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Ketua Jabatan” 

Tambahnya, penyertaan kategori khusus media penyiaran televisyen & video dalam talian serta penyiaran media radio & podcast mesti mengandungi ahli kumpulan yang terdiri daripada beberapa peranan atau jawatan yang wajib ada dalam kumpulan. 

“MPI memohon semua peserta yang ingin mempertaruhkan karyanya hendaklah meneliti syarat syarat dan peraturan terlebih dahulu,” jelas Salman. 

Tarikh tutup penyertaan HKM 2024 ialah 24 Januari 2025 manakala tarikh tutup bagi pencalonan  Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media Negara dan Anugerah Khas adalah pada 31 Mac 2025. 

Maklumat syarat penyertaan, panduan dan borang penyertaan boleh didapati di pautan ini:  https://www.mpi.my/award/hkm-2024 

Majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia 2024 disampaikan pada Malam Wartawan  Malaysia dijangka berlangsung pada pertengahan Jun 2025. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.