6 Negeri, 1 Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal landa enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi muat naik di laman Facebook, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Difahamkan, keseluruhan kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan petang ini.
“Di Perak, daerah yang diramal adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala di Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.
“Beberapa daerah di Selangor seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak turut dijangka mengalami cuaca buruk itu.
“Di Johor, daerah yang terlibat hanya Segamat, Kluang dan Mersing.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Bagi Sabah pula, ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid026ipqBuEcmXQYMWGRq29SgYfDkJWrhcm9kjKkDj1zQwANzQLGMrG1SPZtBm8gfbwil
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia