Betul-Betul “Game Changer”, Macam Ni Rupanya Agropreneur Tempatan Berjaya Dalam Talian
Zaman sekarang, menjadi “agropreneur” atau usahawan tani bukan lagi satu pekerjaan yang boleh dipandang sebelah mata.
Ia kini menjadi kerjaya yang ‘penuh potensi’, bukan hanya untuk mereka yang mahu mencuba bidang baru tetapi juga untuk individu yang ingin membina masa depan yang lebih stabil.
Lebih menarik lagi, dengan adanya teknologi moden dan akses kepada platform digital, agropreneur kini mempunyai peluang untuk memasarkan produk mereka secara lebih meluas.
Siapa sangka, jika dulu hasil ladang atau kebun hanya dijual di pasar tani, kini ia boleh dipasarkan kepada ribuan pelanggan di seluruh negara.
Ini menunjukkan bidang ini sudah jauh melangkaui kaedah tradisional. Sebaliknya, ia berkembang menjadi satu perniagaan yang fleksibel, inovatif dan berpotensi besar untuk menjana pendapatan lumayan.
Jadi, tidak hairanlah semakin ramai orang mula menyedari peluang dalam bidang ini dan menceburi kerjaya agropreneur.
Namun, ada juga yang masih bergelut untuk menyesuaikan diri, mencari arah dalam pasaran digital.
Sebenarnya, apa yang diperlukan hanyalah ilmu pemasaran, strategi yang tepat dan keberanian untuk bertindak.
Di sinilah platform seperti Shopee memainkan peranan penting. Shopee, membuka ruang baru kepada agropreneur untuk memasarkan produk mereka dengan cara yang lebih mudah, pantas dan berkesan.
Macam mana Shopee boleh bantu anda?
Baru-baru ini, Shopee melancarkan Kempen Tani Shopee, satu inisiatif khas untuk membantu petani, agropreneur dan pengeluar tempatan mengembangkan perniagaan mereka.
Kempen ini menyediakan alat, latihan serta sumber perniagaan penting untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dalam ekonomi digital yang semakin kompetitif.
Sama ada anda seorang agropreneur, peniaga kecil atau individu yang baru ingin mencuba e-dagang, Shopee menawarkan pelbagai peluang dan sokongan untuk membantu anda memulakan langkah pertama.
Dengan pelbagai ciri mesra pengguna yang tersedia, Shopee menjadi pilihan utama untuk mereka yang mahu berkembang dalam dunia perniagaan dalam talian.
“Dulu pemasaran hanya ‘mulut ke mulut’,” – Dari Kota Tinggi, kini “Nanakamalbiz” ‘berlayar’ ke seluruh Malaysia
Shopee memahami bahawa memulakan perniagaan, terutamanya dalam e-dagang, bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi mereka yang baru bermula.
Oleh itu, Shopee menawarkan program latihan seperti ShopeeXpert dan ShopeeUni untuk membantu peniaga meningkatkan kemahiran mereka.
Melalui ShopeeXpert, peniaga berpeluang menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah.
Di sini, mereka belajar strategi berkesan untuk meningkatkan trafik kedai dan jualan.
Sebagai contoh, seorang agropreneur yang menyertai bengkel ini berjaya meningkatkan pesanan produk mereka dan secara keseluruhannya direkodkan sebanyak 9 kali ganda peningkatan pesanan produk sepanjang Kempen Tani Livestream ini.
Di sisi lain, ShopeeUni pula membawakan latihan tentang penyediaan kedai, senarai SKU dan pengoptimuman senarai produk untuk meningkatkan keterlihatan dalam talian dan prestasi jualan.
Contoh kejayaan ini dapat dilihat melalui Nanakamalbiz, perniagaan makanan ringan tradisional dari Kota Tinggi, Johor, yang berjaya beralih ke platform e-dagang melalui Shopee.
Pengasasnya, Nur Rahilla Mohamad Kamal, berkongsi bagaimana beliau menerima panduan praktikal, alat perniagaan dan sokongan logistik yang membantu mengurus kedai dan menarik pelanggan dari seluruh Malaysia.
“Sebelum ini, kami menghantar pesanan melalui bas atau bergantung pada pelanggan untuk mengambilnya. Shopee menyelaraskan semuanya untuk kami,” jelas Rahilla.
Tambahnya, papan pemuka analitik Shopee membantunya menjejaki trend jualan, mengenal pasti produk terlaris dan merancang inventori dengan lebih cekap.
Ciri-ciri seperti baucar diskaun dan penghantaran percuma membolehkan beliau menarik pelanggan dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah.
Tak lagi bergantung kepada gerai buah semata, “JK BISCUITS” raih RM4,000 dalam satu hari
Shopee Live menawarkan peluang untuk peniaga berinteraksi secara langsung dengan pelanggan sambil mempromosikan produk mereka.
Melalui ciri siaran langsung ini, peniaga dapat mempamerkan produk secara interaktif, memberi penjelasan terperinci mengenai kelebihan serta kegunaan produk, dan menjawab soalan pelanggan secara real-time.
Ini bukan sahaja membolehkan peniaga memperlihatkan ciri-ciri produk secara lebih jelas, tetapi juga mencipta ruang untuk membina hubungan dengan pelanggan.
Dengan cara ini, pelanggan mempunyai keyakinan lebih tinggi untuk membeli, kerana mereka dapat melihat secara langsung bagaimana produk berfungsi dan mendapatkan maklumat yang mereka perlukan segera.
Contoh kejayaan ini dapat dilihat melalui Madam Lai Nyuk Ling dari JK BISCUITS di Bidor, Perak, yang berjaya mengubah perniagaan buahnya melalui e-dagang.
Beliau yang pada mulanya hanya bergantung kepada gerai buahnya, tidak menyangka buah-buahannya dapat dihantar ke Sabah dan Sarawak.
Menariknya, setelah menyertai kempen Shopee, termasuk Jualan 11.11, beliau meraih pendapatan RM4,000 dalam satu hari, dan inilah yang berjaya meningkatkan keyakinannya dalam e-dagang.
Dengan bantuan Kempen Tani, Madam Lai memperoleh ilmu dan alat perniagaan untuk meningkatkan prestasi perniagaannya.
Shopee Live membolehkan beliau mempamerkan proses pembungkusan buah yang mewujudkan kepercayaan pelanggan.
Kini, beliau dapat menghantar buah-buahan segar ke seluruh negara melalui sistem logistik Shopee, sekali gus memberi inspirasi kepada orang lain di komuniti untuk meneroka peluang e-dagang.
“Corndog Anak Ramai” kongsi rahsia tarik 1,000 pesanan dalam hanya 3 bulan
Shopee Affiliate adalah salah satu cara paling mudah untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu memegang stok atau mengurus penghantaran.
Program ini sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin menambah income secara fleksibel dan tanpa sebarang risiko.
Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu mempromosikan produk Shopee melalui platform media sosial anda seperti Facebook, Instagram atau Twitter.
Apabila anda berkongsi pautan produk di media sosial, anda akan menerima komisen setiap kali seseorang membeli produk melalui pautan tersebut.
Ini bermakna, tanpa perlu menyentuh stok atau berurusan dengan proses penghantaran, anda tetap boleh memperoleh pendapatan tambahan hanya dengan berkongsi produk yang anda suka.
Contoh kejayaan ini dapat dilihat melalui Corndog Anak Ramai, perniagaan dari Kota Bharu, Kelantan, yang diasaskan oleh Wan Muhamad Biruni Wan Jamaluddin.
Menurutnya, program Shopee Affiliate mempercepatkan pertumbuhannya, dengan seorang Affiliate dapat menjana lebih daripada 1,000 pesanan dalam tempoh tiga bulan.
Tambahan pula, ciri-ciri seperti Shopee Live dan baucar berjaya memperluas jangkauannya ke isi rumah bandar di Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.
Sesi strim langsung juga terbukti sangat berkesan, membantu jenama ini berhubung dengan pelanggan baharu dan meningkatkan penglibatan pelanggan.
Peluang dah ada depan mata, nak tunggu apa lagi?
“Agropreneur adalah teras sektor pertanian Malaysia, dan daya tahan serta inovasi mereka terus memberi inspirasi kepada kami.
“Melalui Kempen Tani, Shopee ingin terus memperkasakan lebih banyak agropreneur dengan program latihan yang diperibadikan, kempen berinovatif, dan insentif bernilai seperti Shopee Coins dan baucar untuk meningkatkan keterlihatan jenama dalam talian mereka.
“Inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan peluang untuk mereka bersinar tetapi juga menyumbang kepada pembentukan masa depan yang lebih mampan dan inklusif untuk industri ini.
“Kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak sokongan dan sumber yang disasarkan untuk agropreneur dalam beberapa bulan akan datang bagi mempertingkatkan keterlihatan mereka dan membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih baik,” kata Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit.
Kempen Tani Shopee membuka peluang kepada agropreneur Malaysia untuk berkembang dengan sokongan berterusan dan inovasi yang ditawarkan.
Melalui program latihan, kempen kreatif dan insentif, ia membantu meningkatkan keterlihatan serta kejayaan mereka dalam perniagaan dalam talian.
Inisiatif ini juga memberi peluang kepada pengguna untuk menyokong produk tempatan dan menikmati penjimatan hebat melalui pembelian di platform Shopee.
Dengan penghantaran ‘dari ladang ke pintu’, Kempen Tani Shopee memastikan manfaat ekonomi digital dapat dinikmati di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari Kempen Tani Shopee.