Siakap Keli

Jangan Salah Pilih, Ini 5 Cara Nak Tentukan ‘Perfume’ Mana Sesuai Dengan Badan Kita

Jangan Salah Pilih, Ini 5 Cara Nak Tentukan ‘Perfume’ Mana Sesuai Dengan Badan Kita

Selain penampilan diri yang kemas dan bersih, bau badan yang harum adalah antara aspek penjagaan diri yang amat penting untuk diberi perhatian selalu.

Wajah yang cantik atau tampan tidak cukup jika bau badan kita membuatkan orang di sekeliling merasa tidak selesa.

Cara paling mudah untuk kita memastikan bau badan kita kekal menyenangkan sepanjang masa adalah dengan memakai wangian seperti minyak wangi.

Namun begitu, untuk memilih wangian yang sesuai dengan diri kita bukan satu perkara yang mudah.

Jadi, kali ini kami nak kongsi lima panduan mudah untuk memilih minyak wangi, supaya anda dapat melangkah ke tahun baru dengan lebih bergaya.

Kenali jenis minyak wangi sebelum beli

Sebelum buat pembelian, anda perlu terlebih dahulu mengenali jenis-jenis minyak wangi yang ada dijual di pasaran seperti berikut:

1. Citrus

Minyak wangi jenis citrus berbau segar dan lebih ‘ringan’. Ia sesuai untuk suasan santai dan pemakaian di siang hari.

2. Floral

Manakala minyak wangi jenis floral pula mempunyai ciri-ciri romantis dan feminin. Lebih sesuai digunakan untuk acara formal atau pertemuan romantik.

3. Woody

Seterusnya, minyak wangi jenis woody bersifat lebih ‘hangat’ dan elegan. Waktu yang sesuai untuk memakai minyak wangi ini adalah pada acara malam dan formal.

4. Oriental

Minyak wangi jenis oriental bersifat ‘kaya’ dan sensual. Oleh itu, minyak wangi jenis ini sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis yang istimewa.

5. Fresh

Untuk minyak wangi jenis fresh pula berbau lebih segar dan bersifat ‘sporty’. Minyak wangi jenis fresh pula ideal untuk aktiviti ataupun pertemuan kasual.

Pilih minyak wangi berdasarkan keperibadian dan gaya hidup anda

Mustahak untuk anda pilih minyak wangi berdasarkan keperibadian dan gaya hidup anda.

Sekiranya anda selesa menjalani kehidupan yang aktif, minyak wangi yang lebih sesuai dipilih adalah jenis yang segar dan sporty.

Manakala jika hari-hari anda lebih formal setiap hari, minyak wangi jenis oriental dan woody yang mempunyai aroma adalah pilihan yang lebih tepat..

Kena tahu kepekatan kandungan sebenar minyak wangi yang dibeli

Ada sekurang-kurangnya empat kategori kepekatan kandungan minyak wangi yang perlu anda tahu iaitu:

1. Parfum

Kepekatan kandungan minyak wangi paling tinggi (20-40%) dan keharumannya boleh bertahan sehingga 6 ke 8 jam apabila dipakai.

2. Eau de Parfum (EDP)

Minyak wangi dengan label EDP pula mempunyai kepekatan kandungan minyak wangi sederhana (15-20%) dan keharumannya bertahan sekitar 4 ke 6 jam.

3. Eau de Toilette (EDT)

Manakala minyak wangi jenis EDT mengandungi kepekatan kandungan minyak wangi lebih rendah berbanding EDP (5-15%).

Keharuman minyak wangi jenis EDT mampu bertahan sekitar 2 ke 4 jam pemakaian.

4. Eau de Cologne (EDC)

EDC pula mempunyai kandungan kepekatan minyak wangi lebih rendah daripada EDT (2-5%).

Biasanya, EDC sesuai dipakai untuk kegunaan sementara dan untuk acara santai sahaja.

Ambil kira keadaan cuaca semasa sebelum beli minyak wangi

Cuaca juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan minyak wangi. Untuk kegunaan dalam keadaan cuaca panas, minyak wangi jenis citrus dan floral adalah lebih sesuai.

Jika kegunaan ketika cuaca yang lebih sejuk, wangian jenis oriental dan woody perlu diutamakan kerana baunya lebih tahan lama.

Untuk majlis-majlis yang berlansung di siang hari, lebih sesuai jika anda menggunakan minyak wangi yang segar dan lembut.

Manakala untuk ‘kehidupan’ malam pula, pilih wangian yang kuat dan memikat.

Pilih jenama minyak wangi yang menawarkan diskaun yang paling berbaloi

Amaun tertentu perlu dibelanjakan apabila kita mahu membeli minyak wangi dan minyak wangi yang berkualiti tinggi dijual pada harga premium.

Anda mungkin perlu mencongak bajet dahulu sekiranya mahu membeli lebih daripada satu jenis minyak wangi, kan?

Jadi, cara paling berbaloi untuk membeli pelbagai jenis minyak wangi yang sesuai untuk gaya hidup berbeza-beza adalah dengan memilih jenama yang menawarkan diskaun jualan paling berbaloi.

5 cara perfume sesuai

Jawapannya adalah dengan memilih Bath & Body Works sebab jenama tersebut sedang mengadakan tawaran diskaun luar biasa untuk pelbagai produk wangiannya.

Bath & Body Works ketika ini sedang mengadakan Semi-Annual Sale bermula 26 Disember sehingga 15 Januari depan.

Paling best dengan Semi-Annual Sale ini adalah diskaun tak masuk akal yang ditawarkan Bath & Body Works iaitu sehingga 60-80% untuk produk-produk wangian terpilih.

5 cara perfume sesuai

Menariknya, tawaran ini terpakai sama ada untuk pembelian dalam talian ataupun di mana-mana stor fizikal Bath & Body Works.

Diskaun ini bukan setakat untuk minyak wangi yang anda pakai di badan setiap hari, tetapi untuk semua jenis wangian lain yang dikeluarkan jenama berkenaan.

Anda juga boleh membuat pembelian berdasarkan kategori yang mana setiap kategori menawarkan diskaun istimewa masing-masing iaitu:

Body Care (sehingga 60%)

Home Fragrance (sehingga 60%)

Hand Soap & Sanitizer (sehingga 60%)

Body Care & Gift Set (sehingga 50%)

5 cara perfume sesuai

Item-item terpilih (sehingga 70 & 80%)

5 cara perfume sesuai

Untuk pembelian secara dalam talian, anda boleh layari terus ke laman web Bath & Body Works di sini https://www.bathandbodyworks.com.my/

Sekiranya anda mahu berkunjung ke stor fizikial Bath & Body Works pula, boleh semak stor-stor terdekat dengan lokasi anda di sini https://www.bathandbodyworks.com.my/store-locator

Jadi,usah bertangguh lagi. Hujung tahun adalah masa yang paling sesuai untuk anda restock minyak wangi dan wangian lain sempena Bath & Body Works Semi-Annual Sale.

@bathandbodyworks.my

QUACK IS BACK AND BIGGER THAN EVER! 🦆💥 The Semi-Annual Sale is HERE, and it’s your chance to save up to a jaw-dropping 80% on EVERYTHING! From must-have essentials to irresistible new scents, we’ve got it ALL. 🛍️✨ But don’t wait – these prices are too good to last! Snag your faves before they vanish! ⏳💨 Shop in-store & online NOW!

♬ original sound – Bath & Body Works Malaysia – Bath & Body Works Malaysia

Pembelian boleh dibuat secara dalam talian atau singgah je di mana-mana stor fizikal Bath & Body Works. Diskaun yang ditawarkan memang berbaloi sangat-sangat. Sehingga 80% tau!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web, Facebook, Instagram dan TikTok Bath & Body Works.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.