Pernah Tak Bayar & Sekarang Nak Bayar Semula, Ini Cara Kira & Qada Zakat Terdahulu
Seperti yang kita tahu, zakat merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang telah memenuhi syarat-syarat wajib zakat.
Perkataan “Zakat” berasal dari bahasa Arab, yang bermaksud “membersihkan” atau “menyucikan”.
Dalam konteks agama Islam, zakat adalah sebahagian daripada sistem Islam yang bertujuan untuk membersihkan harta seseorang, dalam masa yang sama membantu golongan yang memerlukan.
Tidak kiralah berasal daripada golongan rakyat biasa, berpangkat mahupun golongan kerabat, semuanya tidak terlepas daripada kewajipan menunaikan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.
Walau bagaimanapun, kita kadangkala dalam tidak sedar juga terlepas pandang atau terlupa untuk membayar zakat ini walaupun sudah berniat membayar. Bahkan ada sudah bertahun-tahun lamanya.
“Alamak! Aku tak pernah bayar zakat lebih 10 tahun. Perlu ke aku start bayar balik zakat yang lama atau mula bayar yang sekarang je?”
Buat mereka yang tertanya-tanya mengenai jawapan di sebalik persoalan ini, min hari ini nak share dekat korang mengenai hukum menunaikan zakat yang tertangguh, wajib ditunaikan ataupun tidak sebenarnya.
Wajib tunaikan atau tidak?

Jawapannya adalah wajib ditunaikan semula dengan kadar segera.
“Qada zakat bermaksud, kewajipan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan disebabkan lupa, sengaja atau meninggalkanya dengan apa-apa alasan sehingga berlalu haulnya (setahun), maka kegagalan tersebut wajib ditunaikan dengan kadar segera”
Boleh ke nak lengah-lengah Qada Zakat?
Berdasarkan pandangan fuqaha, hukum Qada Zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.
Mazhab Syafie berpendapat bahawa apabila zakat telah diwajibkan dan seseorang mampu mengeluarkannya, maka wajib baginya untuk segera menunaikannya. Jika dia melewatkannya, dia berdosa. Pendapat ini juga dikemukakan oleh Imam Malik, Imam Ahmad, dan jumhur ulama.
Rujukan: al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh Muhazzab, jld. 5, ms. 335.
Tambahan lagi, ia juga termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor 2003).
“Fatwa dibawah Seksyen 47 berkaitan Hukum Mengagihkan Secara Persendirian dan Qada Zakat. Mengenai hukum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.”
Macam mana nak bayar semula kalau dah lupa anggaran jumlah?
Untuk bahagian ni, Qada Zakat ditunaikan zakatnya mengikut tahun, nilai harta dan nisab tahun kewajipan tersebut, dengan kadar 2.5 peratus.
Bagi mereka yang sudah tidak mengetahui jumlah harta sebenar ketika itu, maka anggaran nilai terhampir dilakukan.
Berikut contoh pengiraan zakat;
Contoh anggaran qada zakat jika tiada maklumat pada tahun qada zakat.
Contoh kiraan seseorang yang mahu tunai qada zakatnya jika tiada maklumat yang terperinci hartanya (boleh mengambil kira nilai yang diyakini) dan mengikut gabungan nisab yang terakhir.
Jadi, korang dah tahu la kan macam mana pengiraan pembayaran zakat terdahulu dibuat? Lepas ni senang la nak tunai zakat yang telah lama tertangguh tu.
Dekat mana nak tunaikan zakat?

Eh kejap-kejap, korang tahu tak dekat mana platform yang betul nak bayar zakat ni?
Sini min kongsikan sedikit, dekat mana tempat yang betul korang nak bayar zakat. Barulah tak tersalah bayar nanti.
Kalau dulu kita perlu bersusah payah nak ke pejabat zakat untuk bayar zakat. Namun, sekarang senang je sebab pembayaran zakat ni boleh dibuat secara atas talian (online) di Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Dekat sini, korang tak perlu pening kerana platform ini menyediakan pelbagai jenis pembayaran zakat seperti Zakat Harta, Zakat Fitrah, Zakat Pelaburan, Zakat Emas dan banyak lagi.
Terus tekan je zakat yang korang nak bayar. Siap ada lagi kalkulator zakat. Jadi korang tak perlu susah-susah buat pengiraan secara manual.
Tunggu apa lagi, selesaikan qada zakat korang sebelum 31 Disember ini di sini.
Barulah kewajipan korang sebagai umat Islam dapat dilaksanakan. Apatah lagi, zakat bukanlah sekadar satu tuntutan wajib yang perlu ditunaikan oleh umat Islam, namun ia adalah satu bentuk penyucian jiwa dan pelaburan di akhirat kelak.
“Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat.” Surah al-Baqarah ayat 43.