Siakap Keli
karnival fantasi lampu
Kredit: Majlis Daerah Tangkak

Replika Ada Pelekat Bendera China, Karnival Diarah Henti Operasi

Replika Ada Pelekat Bendera China, Karnival Diarah Henti Operasi

Majlis Daerah Tangkak (MDT) telah mengeluarkan notis pemberhentian operasi serta-merta kepada penganjur Karnival Fantasi Lampu LED semalam.

Menerusi muat naik di laman Facebook, pihak MDT memaklumkan pihaknya turut mengambil tindakan menurunkan struktur replika berbentuk kapal angkasa ulang-alik (space shuttle) yang mempunyai bendera China. Tindakan ini dijalankan setelah menerima aduan pada 25 Disember, Rabu.

“Pihak Majlis Daerah Tangkak (MDT) telah menerima aduan berkaitan tindakan penganjur yang mendirikan struktur berbentuk kapal angkasa ulang alik (space shuttle) yang mempunyai pelekat bendera negara China di Karnival Fantasi Lampu LED,” maklum MDT.

BACA: Penyedia Media Sosial Diminta Segera Mohon Lesen Operasi Di Malaysia

Menurutnya, karnival yang bertempat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak ini didapati tidak mematuhi syarat penganjuran karnival.

“Sehubungan dengan itu, siasatan segera telah dijalankan oleh pihak MDT di tapak dan mendapati penganjur tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran karnival yang dikenakan sebagaimana di perenggan 3, 8 dan 9, khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, MDT turut mengesahkan notis yang dikeluarkan kepada pihak penganjur selaras dengan seksyen 14(1) (b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017. Kejadian ini dipercayai menimbulkan kegelisahan dalam kalangan  masyarakat tempatan.

BACA: Lebih Selesa & Mesra Pengguna, Perpustakaan Negara “Upgrade” Ruang Baharu

Sementara itu, pemantauan lanjut telah dijalankan pada 26 Disember.

“Pemantauan lanjut mendapati tiada sebarang aktiviti berjalan dan karnival berkenaan telah ditutup sepenuhnya,” jelasnya.

Malah pihak pentadbiran MDT turut menegaskan mereka amat menggalakkan aktiviti perniagaan di kawasan MDT yang mematuhi syarat berkaitan.

BACA JUGA: Perkara Anda Wajib Tahu Bila Kenderaan Bakal Ditarik

“Walau bagaimanapun, tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang gagal mematuhi syarat khususnya yang menimbulkan kegelisahan umum masyarakat tempatan,” ujarnya.

Sebelum ini tular satu gambar yang memaparkan struktur space shuttle yang mempunyai bendera China. Ia menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

Mereka menggesa agar tindakan yang sepatutnya diambil terhadap penganjur festival terbabit.

Sumber: Majlis Daerah Tangkak

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.