Siakap Keli
Gambar: AFP

Apa Beza Hukuman Sebatan Syariah Dengan Sivil? Ini Jawapannya

Apa Beza Hukuman Sebatan Syariah Dengan Sivil? Ini Jawapannya

Umum tahu baru-baru ini berlakunya pelaksanaan hukuman sebat melibatkan seorang lelaki di Dewan ‘Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini.

Pelaksanaan hukuman berkenaan menjadikan tertuduh berumur 42 tahun yang mengaku bersalah berkhalwat buat kali ketiga itu, sebagai individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai.

Oleh kerana hukuman sebatan syarie ini jarang berlaku, tentu ramai pihak tidak tahu bahawa adanya perbezaan kaedah pelaksanaannya berbanding kesalahan kes sivil.

Justeru, Majlis Agama Islam Selangor yang aktif dalam memberikan pandangan terhadap isu agama tampil menjawab persoalan berkenaan.

Adakah terdapat hukuman sebat di dalam syariah Islam?

Ya, hukuman sebat terdapat di dalam syariat Islam dan ia juga merupakan sebahagian daripada hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.

Hukuman ini bukanlah semata-mata untuk menghukum, menyakiti atau mencederakan seseorang tetapi tujuannya adalah untuk memberikan pengajaran di samping memberi amaran kepada umat Islam agar menjauhi diri daripada perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Perkataan sebat merupakan terjemahan daripada bahasa Arab iaitu al- jald yang bermaksud memukul atau mendera, manakala kata namanya.

Dalam bahasa Melayu sebat ialah memukul dengan benda yang halus atau lentur seperti rotan, lidi dan lain-lain.

Hukuman yang disebutkan oleh Allah SWT berkaitan sebat terdapat di dalam bentuk hukuman terhadap kesalahan yang boleh dikenakan Hudud (hadd), antaranya sebagaimana Firman Allah SWT surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat”.

Begitu juga dengan firman Allah di dalam ayat seterusnya iaitu ayat 4 dari surah an-Nur yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”.

Dua ayat di atas merupakan antara contoh yang menyatakan bahawa hukuman sebat wujud di dalam syariat Islam, ianya bukan hukuman yang diada-adakan bahkan ianya merupakan perintah Allah SWT terhadap manusia.

Adakah sebatan syariah sama seperti sebatan sivil?

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan pesalah. Perbezaan jelas ketara dari segi kaedah hayunan.

Bagi sebatan syariah, hayunannya agak perlahan seolah-olah buku yang diletakkan di bawah ketiak tidak boleh jatuh semasa hayunan dibuat. Oleh sebab itu, 100 kali sebatan Syariah masih belum menyamai dengan 1 kali sebatan Sivil.

Dari segi saiz rotan yang digunakan juga  agak berbeza antara sebatan syariah dan sivil. Bagi sebatan syariah ukur lilit rotan yang digunakan agak kecil berbanding ukur lilit rotan sebatan sivil. Pelaksanaan sebatan juga ada perbezaan.

Bagi sebatan Syariah, pesalah dikenakan pakaian yang menutupi anggota badan termasuklah anggota badan yang akan disebat.

Berbeza dengan sebatan sivil di mana anggota badan yang akan disebat dibiarkan terdedah dan ini jelas lebih mengaibkan pesalah.

BACA: Suami ‘Panik’, Salah Umur Isteri Masa “Suprise” Sambut Hari Jadi

Semoga penjelasan MAIS ini menjawab persoalan yang bermain di minda kita semua tentang perbezaan antara hukuman sebatan sivil dengan sebatan syariah.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.