Siakap Keli
Hujan negeri malam ini
Gambar: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 6 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Hingga Malam Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 6 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan hingga jam 8 malam ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Perak, hanya daerah Hulu Perak diramal hujan. Manakala METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Selangor melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Di Negeri Sembilan pula, amaran yang sama dikeluarkan untuk kawasan Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Manakala Johor melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sabah, antara daerah yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0uVPZNQ5a5etGPNXVh7paMvg7S1g3zKtgzWgrCtKgn6u3zYJufQUWV98bpGyQVRMQl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

BACA: Tiada Undang-Undang Wajibkan Permohonan Sijil Halal, Ia Bersifat Sukarela – KP JAKIM

BACA: Nahas Pesawat Di Muan, Korea Selatan: Semua Kecuali Dua Mangsa Dianggap Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.