Siakap Keli
mayat reput sungai changgang
Kredit: Bernama

Identiti Mayat Reput Di RTB Sungai Changgang Dikenal Pasti – Polis

Identiti Mayat Reput Di RTB Sungai Changgang Dikenal Pasti – Polis

SHAH ALAM, 2 Januari (Bernama) — Polis telah mengenal pasti identiti mayat reput yang ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat dekat sini Sabtu lepas selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lepas itu dikenali sebagai Yap Xin Yuan.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan mayat akan diserahkan kepada pihak keluarga petang ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA: Kes Peras Ugut Rakyat Malaysia, Ketua Pengarah Unit Narkotik Polis Jakarta Dipecat

Hussein berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

BACA: Polis Serbu Lapangan Terbang Muan Berkaitan Nahas Pesawat Jeju Air

BACA: 147 Pengawai, Anggota Polis Dibuang Kerja Tahun Lepas – Pengarah JIPS

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.