Siakap Keli
Lelaki Buat Kacau Masjid
Gambar: Video tular

Lelaki Bukan Islam Buat Kacau Di Masjid Ada Masalah Mental Sejak April 2022 – Polis KL

Lelaki Bukan Islam Buat Kacau Di Masjid Ada Masalah Mental Sejak April 2022 – Polis KL

KUALA LUMPUR — Polis memaklumkan seorang lelaki yang membuat kacau di sebuah masjid di TTDI awal pagi semalam mempunyai sejarah masalah mental.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan daripada pengadu, 40, berhubung kejadian.

Difahamkan suspek yang merupakan seorang individu bukan Islam, 25, telah mengganggu jemaah masjid berkenaan dan telah merosakkan sebuah televisyen dan satu unit kerusi di dalam masjid.

Kejadian itu difahamkan berlaku pada Rabu semalam, jam lebih kurang 5.40 pagi.

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati suspek dimaklumkan mengalami masalah mental sejak April 2022 dan rawatan akhir pada 16 Januari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan tiada rawatan susulan diterima semenjak daripada tarikh tersebut,” katanya.

Kes itu disasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang sebarang kejadian yang menyalahi undang-undang.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik  Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular satu klip video berdurasi 2 minit 46 saat di Facebook memaparkan seorang lelaki mengganggu jemaah masjid di TTDI, Kuala Lumpur.

https://www.facebook.com/PolisKL/posts/pfbid089W9E8WHDAKQLzepidLDFou18fazgEYy4vCHLPoYFp5pJoSvTcE5q6bb8vGc5m59l

Sumber: Polis KL

BACA: Stesen LRT KLCC Ditutup Sementara Waktu

BACA: Wanita Dedah ‘Terpaksa’ Tanggung Bil Elektrik Cecah RM1 Juta

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.