Siakap Keli
anjing tunggu tuan jeju air
Gambar: TikTok Mothership

Anjing Milik Mangsa Nahas Jeju Air Masih Setia Tunggu Tuan Pulang

Anjing Milik Mangsa Nahas Jeju Air Masih Setia Tunggu Tuan Pulang

Seeokor anjing bernama Pudding dilapor setia menanti kepulangan tuannya, yang terkorban dalam nahas Jeju Air pada 29 Disember lepas.

Menurut SCMP, anjing tersebut telah diselamatkan oleh persatuan kebajikan haiwan tempatan, Care, selepas ditemui mundar-mandir di kawasan kampung di Yeonggwang, selatan Jeolla.

Dalam satu hantaran di Facebook, Care memberitahu Pudding tinggal di kampung tersebut dan dibela oleh seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun.

Lelaki itu yang terkorban bersama lapan ahli keluarganya yang lain merupakan mangsa tertua dalam nahas tersebut.

Kematian sembilan ahli keluarga sekaligus itu menyebabkan Pudding ditinggalkan tanpa ada mana-mana penjaga untuk menjaga kebajikannya.

Anjing setia tunggu kepulangan tuan yang maut dalam nahas Jeju Air

Selepas kejadian berkenaan, Pudding dikatakan menghabiskan masa di tepi jalan kampung tersebut sambil memerhatikan kenderaan yang lalu-lalang.

Menurut penduduk kampung, tingkah-laku yang ditunjukkan oleh Pudding itu dipercayai kerana haiwan itu sedang menunggu kepulangan tuannya.

Merasa bimbang dengan kebajikan Pudding, penduduk kampung mula memberi perhatian kepada anjing tersebut termasuk menyediakan makanan.

Kisah Pudding kemudian dikongsikan di media sosial dan menjadi tular hingga menarik perhatian Care.

“Kami berpendapat adalah tidak selamat untuk Pudding mundar-mandir di jalan dan kawasan kampung tanpa penjaga.

“Selepas menghubungi keluarga terdekat mendiang tuannya, kami mengambil keputusan untuk melindungi Pudding sehingga penjaga yang sesuai ditemui,” kata Care.

Pudding kini bawah jagaan persatuan kebajikan haiwan di Korea Selatan

Care kemudian menghantar Pudding ke sebuah hospital haiwan di Seoul untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Walaupun Pudding menunjukkan rasa tidak selesa ketika dibawa menggunakan kereta, namun anjing berkenaan kelihatan tenang dan lembut.

“Kami ketika ini sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas Pudding selepas kami mengesan makanan berbahaya seperti bawang mentah dan tulang ayam dalam muntahnya,” kata Care lagi.

Persatuan kebajian haiwan itu merancang untuk memastikan kesihatan Pudding pulih semula terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pemilik baru.

@mothershipsg

hope you’ll be okay, Pudding 🥺💔 #southkorea #dog #jejuair #fyp

♬ Kiss the Rain – Elise Bechstein

BACA: Kekecohan Masjid At-Taqwa: Ini Penjelasan JAWI

Sumber: South China Morning Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.