Lelaki Kongsi Kenapa Guna Jenis Lampu Berbeza Ketika Keluar Malam
Ketika siang berganti malam, jarak penglihatan kita sebagai manusia semakin terbatas kerana kurangnya cahaya, terutamanya di kawasan gelap.
Penggunaan lampu suluh merupakan salah satu alternatif untuk bergerak pada waktu malam. Kebiasaannya, lampu berwarna putih sering digunakan untuk menerangi waktu malam.
Walau bagaimanapun, dalam perkongsian seorang lelaki mendedahkan warna lain juga boleh digunakan untuk fungsi tertentu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian Karya Azman di Facebook Kelab Torchlight Budget Malaysia (KTBM).
Lelaki Kongsi Kenapa Guna Tiga Jenis Lampu

Ada kawan tanya, kenapa aku bawa lampu suluh ni, ada beberapa warna? Nak bagi tahu terperinci dekat dia pun, bukan dia faham.
Jadi aku bagi tahu, hijau tu senang nak suluh binatang, bintang tak lari bila kena warna hijau.
Yang merah tu aku biasanya suluh tempat gelap, nak cari benda kecil kecil, macam syiling, pen, skru atau benda yang kecil lainnya.
Senang jelas nak nampak, yang warna putih biasa tu, memang untuk suluh biasa je la.
BACA: Ini Daftar 20 Model Telefon Terlaris Dijual Dalam Sejarah

Kalau warna kuning, aku guna untuk cuaca hujan lebat dan berkabus tebal.
Setiap warna ada keperluan dan kegunaannya tersendiri buat masa ni, aku ikut cara sesuaikan keadaan dari apa yang aku lalui.
Mungkin pada orang lain, setiap penggunaan cahaya ni berbeza dengan cara aku, tapi takpe, ikut sesuai masing masing. Setiap orang ada cara tersendiri dalam kegunaan dan keperluan dia.
Ok sahabat, pagi ni aku kerja macam biasa je, takde istimewa dengan status kerja jaga kebun sawit dan ternakan orang kampung ni.

Apa yang pasti, setiap apa pekerjaan kita, kita kena jalankan amanah, kena menyayangi pekerjaan yang kita lakukan, melalui amanah dan ikhlas dalam pekerjaan. Insya-allah, kita akan dapat keberkatan rezeki dari Allah.
Selalu bersyukur kepada Allah,di atas rezeki yang telah diberikan.
Sumber: Karya Azman via Facebook Kelab Torchlight Budget Malaysia (KTBM)