Siakap Keli
pavilion bukit jalil
Dato' Philip Ho (tengah, kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT, bersama Dato' Joyce Yap (tengah, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Runcit, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, semasa pelancaran kempen Tahun Baharu Cina Pavilion Bukit Jalil, “Prosssperity. Together.” Turut hadir ialah Cik Valarie Siau (ketujuh dari kiri), Ketua Kad Penggunaan, Perkongsian dan Ganjaran Produk Kad & Pembayaran, UOB Malaysia, Dato' Lim Teng Loon (ketujuh dari kanan), Presiden Persatuan Tarian Naga & Singa Long Yi Malaysia, serta wakil dari Astro Malaysia.

Pavilion Bukit Jalil Raikan Tahun Baru Cina Dengan Sambutan Meriah Bertemakan Prosssperity. Together

Pavilion Bukit Jalil Raikan Tahun Baru Cina Dengan Sambutan Meriah Bertemakan Prosssperity. Together

KUALA LUMPUR, 6 JANUARI 2025 – Pavilion Bukit Jalil menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dengan kemeriahan Prosssperity. Together. dari sekarang hingga 16 Februari 2025. Mencipta  detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan, pusat beli-belah ini menjadi destinasi tumpuan sambutan  meriah, menggabungkan tradisi Tahun Baharu Cina dengan persembahan kebudayaan menakjubkan, hiasan  menarik , serta ganjaran istimewa sempena musim perayaan.

Tumpuan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini adalah Kejohanan Tarian Singa Malaysia 2025, yang kini berlangsung sehingga 5 Januari 2025 di PIAZZA. Acara berprestij ini menampilkan 50 pasukan elit dari Malaysia dan luar negara mempersembahkan rutin tarian singa yang mengagumkan dalam merebut gelaran juara. Acara ini turut mempamerkan bakat dan tradisi adat, memberi pengunjung peluang istimewa menyaksikan persembahan tarian singa bertaraf dunia dan menjadikan Pavilion Bukit Jalil berbeza daripada destinasi beli belah yang lain.

pavilion bukit jalil

Suasana meriah di pusat beli-belah ini semakin menyerlah dengan kehadiran beberapa kedai baharu yang menarik. Peminat fesyen, hiburan, dan penggemar makanan boleh terokai pelbagai tarikan baharu dalam kepelbagaian jenis kedai di pusat beli-belah ini antaranya The Colorist, Top Toy, ChaPanda, Beneunder, Plan.B Studio, Nong Geng Ji Hunan Cuisine (tidak halal), dan banyak lagi. Kedai-kedai ini menawarkan pelbagai tawaran menarik, daripada fesyen kontemporari dan produk gaya hidup hingga ke masakan asli, menjadikannya tempat yang terbaik untuk membeli-belah sempena musim perayaan.

pavilion bukit jalil

Musim perayaan ini, raikan kegembiraan yang tiada tandingan dengan watak-watak kegemaran ramai Disney yang bersatu dengan tradisi Tahun Baru Cina. Ruang legar utama Pavilion Bukit Jalil dihias menjadi tarikan yang menarik, dipenuhi dengan dekorasi yang memukau, pelbagai momen menggamit memori dan kenangan istimewa yang tidak dapat dilupakan. Nantikan lebih info mengenai kolaborasi menarik ini, yang pastinya membawa sentuhan kegembiraan kepada sambutan Tahun Baru Cina anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Pavilion Bukit Jalil,  layari laman web rasmi kami di www.pavilion-bukitjalil.com, ikuti kami di Facebook dan Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833. Jadikan Pavilion Bukit Jalil destinasi anda pada Tahun Baru Cina ini dan cipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan!

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.