Siakap Keli
Nikmati Pesona Rasa Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur
Gambar Hiasan

Nikmati Pesona Rasa Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur

Nikmati Pesona Rasa Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur 

Kuala Lumpur, 8 Januari 2025 – Hotel Royal Kuala Lumpur dengan bangganya memperkenalkan  bufet Pesona Rasa Ramadan, Bufet yang menampilkan keaslian masakan Malaysia. Perjalanan  kulinari ini dihasilkan oleh Eksekutif Chef kami yang dihormati, Chef Badrul Hisham atau dikenali  sebagai Chef Bard. Beliau membawa kepakaran dan semangatnya untuk mencipta pengalaman  gastronomi yang tidak dapat dilupakan. Para tetamu akan menikmati pelbagai hidangan istimewa  seperti Rendang Tok, Kambing Golek Tandoori, Nasi Kenduri, Assam Laksa Pulau Pinang, dan  Roti Jala Kuah Durian yang unik dari juadah nusantara ini. Selain itu juga, persembahan langsung  dari kumpulan Jers Band akan memeriahkan lagi pengalaman menjamu selera. 

Puan Norizan Binti Yaacob, Pengurus Besar Hotel Royal Kuala Lumpur, menyatakan  keterujaannya terhadap sajian Ramadan tahun ini dengan berkata, “Misi saya adalah untuk  memastikan bufet ini menjadi pengalaman yang diingati oleh setiap tetamu. Pasukan kami telah  memberikan yang terbaik untuk menyediakan pelbagai pilihan kegemaran tempatan yang  menonjolkan kekayaan warisan budaya Malaysia.” 

Hotel Royal

Bufet Pesona Rasa Ramadan akan berlangsung di Makan2 Coffee House, Tingkat M, dari 6 Mac  2025 hingga 26 Mac 2025, dari jam 7:00 malam hingga 9:30 malam, dengan kapasiti tempat  duduk sebanyak 160 orang. Harga bermula dari RM 118 bersih untuk dewasa, RM 68 bersih untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun, dan RM 68 bersih untuk warga emas berumur  60 tahun ke atas. Terdapat promosi istimewa di mana seorang tetamu percuma untuk setiap 10  orang dewasa yang membayar pada harga RM 118 bersih. Baucar awal boleh didapati pada harga  RM 98 bersih dari 20 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025

Bufet ini menawarkan pelbagai hidangan pembuka selera, nasi pelbagai pilihan, makanan laut,  dan pencuci mulut. Antara menu utama termasuk Sup Utara dan Gearbox, Ketam Sambal Cili  Bertelur, Sambal Sotong dan Petai, serta pelbagai Kuih Muih Melayu tradisional. Para tetamu  boleh menikmati hidangan dengan yakin kerana dapur dan bufet kami mendapat pensijilan Halal  daripada JAKIM, ini menjamin piawaian dan pematuhan yang berkualiti. 

Pakej Pesona Rasa Ramadan Gateway 

Hotel Royal

Untuk menjadikan Ramadan anda lebih bermakna, para tetamu boleh menikmati Pakej Pesona  Rasa Ramadan Gateway pada harga RM 398 bersih. Pakej ini merangkumi penginapan selama 2  hari, 1 malam untuk dua orang, dengan hidangan sahur dan akses ke bufet Pesona Rasa  

Ramadan. Tempahan pakej ini boleh dibuat mulai 15 Disember 2024 hingga 25 Mac 2025,  dengan tempoh penginapan dari 2 Mac 2025 hingga 26 Mac 2025

Hotel Royal

Untuk maklumat dan tempahan boleh call or whatsapp 016-5200579 email [email protected] | [email protected]

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.