Siakap Keli
Basuh pakaian di tempat sejuk
Gambar: Video TikTok

Rupanya Ini Cara Basuh & Jemur Pakaian Di Salah Satu Tempat Paling Sejuk Di Bumi

Rupanya Ini Cara Basuh & Jemur Pakaian Di Salah Satu Tempat Paling Sejuk Di Bumi

Seperti yang diketahui setiap kawasan di Bumi mempunyai suhu yang berbeza-beza, ada yang beriklim panas, tropika dan sejuk.

Keadaan suhu yang berbeza ini merupakan salah satu sebab mengapa gaya hidup sesetengah masyarakat berbeza daripada kebiasaannya. Lebih-lebih lagi buat mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim ekstrem seperti salji.

Di sini, kegiatan manusia sedikit terhad kerana perlu menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. Contohnya seperti memancing ikan.

Jika di kawasan bercuaca tropika, aktiviti memancing lebih mudah kerana air di kawasan itu tidak membeku. Sementara di kawasan beriklim sejuk, pula, penduduk terpaksa membuat satu lubang di atas sungai atau tasik yang membeku untuk memancing ikan.

Selain daripada itu, pernah tak anda terfikir bagaimana orang di sana membasuh dan menjemur pakaian, dengan cuaca di bawah takat beku?

Jom ikuti perkongsian SK bagaimana cara penduduk di sana mencuci pakaian di bawah.

Ini cara penduduk cuci pakaian di kawasan bersalji

Gambar: Video TikTok

Dalam satu klip yang dikongsikan oleh di TikTok memaparkan bagaimana penduduk di kawasan beriklim sejuk di Yakutiya, salah satu wilayah di Rusia mencuci dan menjemur pakaian mereka.

Video berdurasi lebih 1 minit itu menunjukkan baju pada awal akan dibasuh digosok seperti biasa menggunakan sabun dalam rumah.

Salji yang dicairkan menjadi air akan digunakan untuk mencuci pakaian sebelum di perah dan dijemur di ampaian luar rumah.

Menariknya, disebabkan suhu yang rendah, pakaian yang dijemur akan ‘beku’ seperti papan yang keras kurang beberapa minit. Ini merupakan salah satu cara tradisional untuk membasuh pakaian di sana.

@truestories787

How Siberian People Shower And Do Laundry at -71°C (-95°F)#knowledge#science#siberia#cold#winter#foryou

♬ original sound – Truestories787

@judykayp730

Stop complaining on the weather where you live #stopcomplaining #coldestplaceonearth #freezing #appreciate #blessed

♬ original sound – judy k pantaleon

@yuliavvanne

Today is some household chores. What season are you having now summer or winter? . #trending #fyp #fypシ #viral #foryoupage #aotearoa #newzealand #comparison #yakutia #sakha #immigrantslife #travel #immigrant #pov #povs #indigenous #lifestyle #family #sisters #documentary #discovery

♬ original sound – Yulvanna

Selain itu, cara lain untuk mencuci pakaian adalah dengan meletakkan atau menghamparkan pakaian di atas salji.

Kemudian, ratakan salji ke atas seluruh permukaan pakaian menggunakan penyapu dan ‘ketuk-ketuk’.

Seterusnya, kibas pakaian untuk menghilangkan salji tadi sebelum di dijemurkan pada ampaian.

@daisyviktoria

More snow washing! #medievaltiktok #middleages #norsetok #renfaire #laundryhacks #snowday #modernviking #historicalcostume #larptok #scandinavia

♬ If I Had a Heart (“Vikings” Main Title) – Vikings TV Series

Sumber: Tiktok @ Judykayp730

BACA: Kenali “Jalan Raya Bawah Air”, Yongwu Road

BACA: Kenali “Mud Volcano” Yang Banyak Terdapat Di Sabah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.