Tahun Baru, Perisa Baru: Nikmatilah Love Letters Mocha Edisi Terhad di Karnival ‘Love And Joy’ Julie’s
Kuala Lumpur, 9 Januari 2025 – Julie’s kembali untuk tahun ketiganya dengan pameran bergerak Tahun Baru Cina mereka, membawa kegembiraan dan keceriaan pada perayaan Tahun Ular ini. Pameran bergerak selama lima hari yang dinamakan Karnival ‘Love and Joy’ ini akan berlangsung dari 8 hingga 12 Januari di V Boulevard, Sunway Velocity Mall. Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, ini akan memberi pengunjung masa yang mencukupi untuk membeli-belah untuk juadah Tahun Baru Cina dan memulakan persiapan perayaan mereka.
Kemuncak karnival ini adalah Love Letters edisi terhad Julie’s dalam perisa Mocha yang dicipta eksklusif untuk musim perayaan ini. Love Letters Mocha ini menggabungkan rasa biji kopi panggang dan coklat yang kaya berserta kuih belanda rangup untuk menghasilkan rasa yang unik dan dekaden. Ia merupakan hidangan yang mesti dinikmati dan dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan!
“Love Letters sudah lama dikenali bukan sekadar snek perayaan malah ia memegang tempat yang istimewa di hati orang ramai dan melambangkan kemesraan, kebersamaan dan kenangan yang terindah semasa perayaan Tahun Baru Cina. Kami di Julie’s Biscuits berbangga untuk meneruskan tradisi penganjuran Karnival Tahun Baru Cina kami yang direka untuk merapatkan hubungan seisi keluarga sambil menikmati kegembiraan musim ini. Tahun ini, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Love Letters Mocha edisi terhad, menawarkan perisa yang menarik bagi sebuah biskut klasik. Kami berharap di karnival ini, seisi keluarga boleh berhubung, mengimbau kembali detik-detik yang menggembirakan dan berkongsi kasih sayang serta kegembiraan melalui hidangan ikonik ini dengan generasi akan datang,” kongsi Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits.
Pengunjung di Karnival ‘Love and Joy’ boleh menjangkakan pelbagai aktiviti seronok yang direka untuk mencipta kenangan yang berkekalan untuk semua. Beberapa gerai foto disediakan di karnival ini untuk menangkap detik-detik indah bersama orang tersayang. Selain itu, gerai ‘Huat Air Balloons’, menampilkan belon udara panas berwarna-warni dan gerai ‘Rolls of Gold and Fortune’ yang mempamerkan jongkong emas, melambangkan kemakmuran untuk tahun ini. Keluarga yang mempunyai kanak-kanak boleh menonjolkan kreativiti mereka di gerai mewarna percuma, manakala orang ramai boleh menyertai keseronokan permainan ‘tic-tac-toe’ yang disediakan.
Pengunjung yang ingin membeli biskut Julie’s pasti teruja kerana Julie’s telah menyediakan pelbagai hadiah eksklusif dengan setiap pembelian, khas untuk pameran bergerak ini. Pembeli boleh mendapatkan sebuah ‘Huat-Huat Porter’ serbaguna. Beg ini sesuai digunakan sebagai hadiah, untuk membeli-belah, ataupun sebagai pembawa haiwan kesayangan anda. Bagi setiap RM100 yang dibelanjakan di karnival ini, pembeli akan menerima satu set ini. Selain itu, pembelian empat tab Love Letters dalam sebarang perisa akan mendapat satu ‘Julie’s Fortune Glassware’ yang sesuai digunakan untuk menyimpan makanan berlebihan semasa perayaan.
Bersemangatkan perayaan ini, Julie’s juga akan menyediakan banyak hadiah lain kepada pengunjung yang membuat sekurang-kurangnya satu pembelian semasa karnival ini. Pembeli boleh membawa pulang hadiah percuma seperti sampel Love Letters dan paket angpao yang direka bentuk secara eksklusif untuk perayaan tahun ini. Sebagai tambahan, pelawat juga akan menerima penanda buku khas yang dicetak dengan tulisan berkat untuk menyambut Tahun Baru Cina yang makmur dan ceria.
Di samping Love Letters yang ikonik, pameran bergerak ini juga menampilkan Love Letters Wafer Cubes Julie’s dalam perisa Coklat Hazelnut dan Mentega Kacang. Hidangan bersaiz kecil ini dibungkus dalam paket mudah-alih, menjadikannya sesuai untuk dikongsi dengan tetamu atau dinikmati semasa dalam perjalanan sepanjang musim perayaan ini.
Tunggu apa lagi? Mulakan perancangan perayaan anda dengan tawaran menarik di karnival ini dan jangan lupa untuk mengajak seisi keluarga serta rakan-rakan anda untuk acara yang menyeronokkan ini! Rangkaian biskut Love Letters juga boleh didapati dalam tiga jenis perisa klasik seperti Coklat, Vanila dan Strawberi Semua perisa Love Letters termasuk Love Letters Mocha tersedia untuk pembelian dalam talian di kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada.
Bagi pembelian dalam kedai, lawati kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan anda. Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang acara, aktiviti dan promosi Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.