Siakap Keli
361° Lebar Sayap Ke Malaysia Dengan Cawangan Pertama
Gambar Hiasan

361° Lebar Sayap Ke Malaysia Dengan Cawangan Pertama

361° Lebar Sayap Ke Malaysia Dengan Cawangan Pertama

KLANG, 10 Januari 2025361°, peneraju global dalam pakaian sukan berprestasi tinggi telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan cawangan pertamanya di pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi di sini. Cawangan ini menandakan permulaan perkembangan strategik jenama ini di Asia Tenggara, mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan rantaian pakaian sukan inovatif kepada atlet dan peminat kecergasan di rantau ini.

Cawangan ini akan menawarkan pelbagai produk terkenal jenama tersebut, termasuk kasut larian canggih, pakaian atletik, dan aksesori prestasi. Reka bentuk kedainya juga bertujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menarik dan imersif, mempamerkan inovasi terkini dalam teknologi pakaian sukan dan reka bentuk berfokuskan prestasi.

Dutch Ouyang, Pengurus Besar 361° OSD (Jabatan Antarabangsa), berkata, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan 361° kepada pasaran Malaysia dengan pembukaan kedai pertama kami. Budaya sukan yang berkembang pesat di Malaysia dan minat yang semakin meningkat terhadap kecergasan menjadikannya lokasi yang sangat sesuai untuk kami perkenalkan produk premium kami. Kami yakin pengguna tempatan akan menghargai kombinasi reka bentuk canggih, teknologi unggul, dan prestasi luar biasa yang kami tawarkan.”

“Kami menyedari penerimaan produk dari China yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna Malaysia, sebab itulah kami berhasrat untuk memperkenalkan produk yang inovatif dan mampu milik ke pasaran Malaysia melalui pembukaan kedai pertama ini,” kata Timbalan Pengurus Besar 361° Sports Malaysia, Jason Khoo dalam wawancara bersama media selepas majlis pembukaan. “AEON Bukit Tinggi dipilih sebagai lokasi pertama untuk cawangan kami di Malaysia kerana daya tarikannya yang mesra keluarga dan lokasinya yang strategik. Kami juga merancang untuk membuka lebih banyak kedai berasingan sepanjang tahun serta bekerjasama dengan gedung membeli-belah seperti Parkson dan Sogo,” tambah beliau. “Secara keseluruhan, kami menyasarkan untuk membuka 3 hingga 5 cawangan di sekitar Lembah Klang tahun ini.”

Dengan kehadiran di lebih 60 negara di seluruh dunia serta 10,000 cawangan di China sahaja, kedai baharu 361° ini akan menawarkan pelbagai pilihan kasut, pakaian, dan aksesori yang direka untuk pelbagai jenis sukan, termasuk Larian, Bola Keranjang, Aktiviti Luar, SportLife, dan Latihan. Sama ada untuk atlet profesional atau peminat kecergasan, 361° terus berinovasi dengan produk yang meningkatkan prestasi, menyokong gaya hidup aktif, dan memberikan keselesaan yang luar biasa. Jenama tersebut juga merupakan rakan rasmi Majlis Olimpik Asia.

Bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran hari ini, 361° menawarkan promosi pembukaan eksklusif dan diskaun terhad, memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan pertama untuk mendapatkan produk berprestasi tinggi dengan harga istimewa. Di samping itu, 361° juga akan mengadakan pelbagai acara untuk melibatkan pelanggan dan mempamerkan koleksi terbaru jenama ini.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.