Siakap Keli
bap 2025
Kredit Gambar: Bernama

Agihan BAP 2025 Bermula Minggu Depan – KPM

Agihan BAP 2025 Bermula Minggu Depan – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi semua murid mengikut kategori masing-masing.

Bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025, agihan BAP akan bermula pada minggu hadapan iaitu 13 Januari. Manakala BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 akan mula diagihkan pada 16 Februari. Murid Tingkatan 6 yang baharu mendaftar pula akan mula mendapat agihan BAP pada 1 Julai.

“Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar). Ia akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.

“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6,” maklum kementerian tersebut.

Tiga kaedah pembayaran

Pengagihan BAP akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan beberapa kaedah. Kaedah pertama, ibu bapa bagi murid sekolah rendah akan menerima serahan secara tunai. Manakala bagi murid sekolah menengah, serahan tunai akan diberi kepada ibu bapa atau murid tersebut.

BACA: Ini Cara Mudah Daftar MyBorderPass

Kaedah kedua pengagihan BAP ialah menerusi pengkreditan terus ke akaun bank murid berkenaan.

Kaedah ketiga pula merupakan satu kaedah baru yang bakal dilaksanakan mulai tahun ini iaitu pengkreditan terus ke akaun bank ibu bapa.

“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” ujar KPM.

Tahun lalu, KPM telah memulakan penyaluran BAP bagi murid Tahun 1 sesi persekolahan 2024/2025 pada 10 Mac 2024. Bantuan ini melibatkan 8,903 buah sekolah yang meliputi sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat atau negeri, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan kerajaan. BAP tidak disalurkan kepada mana-mana sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat.

Keseluruhan pemberian BAP dengan agihan RM150 setiap murid berjumlah RM67,197,300 bagi tahun lalu.

BACA: Jadi Maskot TMM 2026, Ini Fakta Mengenai Beruang Matahari

BACA: Ini Bantuan Awal Persekolahan 2025, RM 150 One-Off Untuk Murid

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: