Siakap Keli
Menghidupkan Semula Jalan-jalan Kuala Lumpur untuk Semua: Nippon Paint Memperkasakan Artis Tempatan untuk Meneroka Daya Kreativiti bagi Mengubah Tempat-tempat Awam
Gambar Hiasan

Menghidupkan Semula Jalan-jalan Kuala Lumpur untuk Semua: Nippon Paint Memperkasakan Artis Tempatan untuk Meneroka Daya Kreativiti bagi Mengubah Tempat-tempat Awam

Menghidupkan Semula Jalan-jalan Kuala Lumpur untuk Semua: Nippon Paint Memperkasakan Artis Tempatan untuk Meneroka Daya Kreativiti bagi Mengubah Tempat-tempat Awam

Kuala Lumpur, Malaysia, 10 Disember 2024 – Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd (“Nippon Paint”), dengan kerjasama Think City, telah mengubah jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan pemasangan seni yang menakjubkan di Festival Kreatif Kuala Lumpur (KKLF) 2024. Kerjasama ini memberi nafas baharu kepada tiga lokasi ikonik – Medan Pasar, Mahkamah Agung Lama dan Benteng Pasar Seni. Festival ini memupuk daya kreativiti dalam komuniti seni Malaysia untuk menghidupkan semula mercu tanda bersejarah dan menjadikannya destinasi yang wajib dikunjungi di mana komuniti boleh berkumpul, meneroka dan berhubung semula.

Menghidupkan Jalan-jalan KL dengan Pemasangan Berorientasikan Komuniti

Setiap pemasangan seni direka untuk menjadikan kawasan bersejarah ini lebih menarik dan menyeronokkan untuk penduduk tempatan dan juga pelancong. Daripada taman permainan interaktif kepada pengalaman realiti tambahan, inisiatif ini bertujuan menjadikan KL lebih mudah dinikmati sambil berjalan kaki seterusnya menggalakkan orang ramai untuk meneroka dan menikmati suasana persekitaran.

Semasa acara pelancaran di Medan Pasar, Datin Wong Meng Lee, Timbalan Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia, menyatakan rasa teruja atas peluang untuk bekerjasama dengan Think City. “Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada Festival Kreatif Kuala Lumpur tahun ini, terutamanya dengan pereka berbakat yang terlibat. Kami teruja memainkan peranan dalam menghidupkan visi artis tempatan di kawasan yang sibuk menggunakan cat dan alatan kami. Di Nippon Paint, kami percaya pada daya kreativiti untuk mengubah ruang dan kehidupan. 

“Kami juga teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha pengaktifan komuniti yang memberi peluang kepada penduduk dan pengunjung KL untuk meneroka semula kota raya mereka dengan cara yang menyeronokkan dan bermakna. Dengan pemasangan yang memberi inspirasi kepada kreativiti dan menyatukan orang ramai, kami berharap dapat menjadikan jalan-jalan di KL sebagai destinasi di mana hubungan komuniti dan seni dapat berkembang.”

Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan ThinkCity, menekankan peranan penting sokongan korporat dalam menghidupkan semula mercu tanda dan tapak bersejarah kota raya untuk meningkatkan pelancongan. “Perkongsian ini menunjukkan bagaimana kerjasama boleh menghidupkan semula warisan kita. KKLF meraikan bakat tempatan dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab kreatif yang berkembang maju. Melalui bekerjasama dengan pakar warna dan salutan seperti Nippon Paint, kita dapat menunjukkan bagaimana seni dan budaya mempunyai kuasa untuk mengukuhkan ekonomi dan identiti bandar, mempamerkan artis tempatan dan antarabangsa sambil terus menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan yang pesat berkembang.” 

Pemasangan Transformatif untuk Dinikmati Penduduk Tempatan dan Pelawat

Karya seni oleh Malaysian Institute of Art, “Play! KL” di Medan Pasar, menampilkan reka bentuk taman permainan yang inovatif yang mengubah ruang bandar menjadi kawasan yang menarik untuk orang ramai, menggalakkan interaksi sosial dan bermain serta menceriakan persekitaran bandar. Mereka berkongsi inspirasi di sebalik karya seni ini, “Medan Pasar, juga dikenali sebagaiMarket Square, adalah bahagian yang meriah di Kuala Lumpur, kaya dengan sejarah dan ciri unik. Kawasan mesra pejalan kaki ini diserikan lagi dengan Play KL! baharu, menambah dimensi yang menyegarkan dan interaktif kepada tarikan kawasan bandar. Diilhamkan oleh persekitaran pusat bandar KL yang berselirat, di mana bangunan dan kawasan lapang mewujudkan interaksi dinamik, pemasangan mencerminkan tema ‘Playing as Seeing,’ mentafsir permainan sebagai satu bentuk ekspresi diri. 

“Direka bentuk secara terbuka, pemasangan itu mengundang pelbagai tafsiran—ia boleh menjadi bangku, dinding, lubang pasir atau astaka anak tangga. Pemasangan modular yang bertaburan tersebar melalui Medan Pasar, digabungkan dengan mudah ke dalam landskap seni bina dataran dan menggalakkan penerokaan serta interaksi.”

Di Benteng Pasar Seni, pemasangan seni awam interaktif Suzy Sulaiman, “Kota AR,” yang diilhamkan oleh tikar mengkuang tradisional, menggabungkan seni dengan realiti tambahan (AR). Pelawat boleh mengimbas kod QR menggunakan telefon mereka untuk mendedahkan pandangan sejarah yang menarik tentang asal usul mengkuang, menambahkan lapisan digital yang menarik pada pemasangan budaya ini.

“Kota AR” mendapat inspirasi daripada cerita dan seni bina yang kaya di Central Market Kuala Lumpur, yang ditubuhkan pada tahun 1888 oleh Kapitan Cina Yap Ah Loy. Suzy Sulaiman menjelaskan, “Kota AR terdiri daripada empat modul, masing-masing memaparkan kisah oleh penjual dan peniaga yang pernah berniaga di Central Market. Melalui AR, pengunjung boleh menyelami kisah penjual ayam, penjual sayur jeruk, bas mini merah jambu ikonik KL, dan Sungai Klang yang penting.” 

Pemasangan mencerminkan fasad Art Deco ikonik Central Market, menggabungkan corak dan warna geometrinya ke dalam reka bentuk lantai dan elemen AR. Struktur fizikal, digabungkan dengan AR, mempersembahkan lapisan cerita yang berbeza, sama seperti kenangan berlapis dari semasa ke semasa, memperkaya pengalaman dan menambah kepentingan sejarah bandar KL.

Sementara itu, “Tiang Tamu” oleh Nabihah Haiyee di Mahkamah Agung Lama menonjolkan daya tahan rakyat Malaysia melalui model rumah ibu tradisional, ruang tengah untuk berkumpul dan berehat. “Saya menghargai ciri-ciri seni penempatan lama KL, mengabadikan kenangan pemandangan kampung tradisional. Saya memilih akrilik dan keluli untuk ketahanan dan kualiti kalis cuaca supaya pemasangan boleh bertahan dan mencerminkan semangat KL yang tidak luntur ditelan zaman. Unsur-unsur akrilik, digabungkan dengan penemuan gambar-gambar lama KL, mewujudkan jambatan antara masa lalu dan masa kini, meraikan kekayaan warisan bandaraya ini.”

Jom sokong artis tempatan kita! Kunjungi pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat pemasangan Nippon Paint x KKLF di sekitar Pasar Seni dan Dataran Merdeka. 

Projek itu melibatkan artis yang menggunakan lebih 800 liter cat, mempamerkan Penyelesaian Salutan dan Pembinaan Keseluruhan (TCCS) Nippon Paint dalam inovasi, palet warna yang meluas dan teknologi salutan yang termaju. Dengan penyelesaian TCCS, Nippon Paint terus menerjah sempadan dengan menawarkan penyelesaian yang inovatif dan serasi yang memenuhi setiap peringkat pembinaan, daripada permukaan konkrit kosong hinggalah sentuhan kemasan terakhir. 

Para artis menghidupkan visi kreatif mereka menggunakan salutan berprestasi tinggi Nippon Paint, termasuk Weatherbond® Ultimate, 8100 Sealer dan 9000 Gloss Finish untuk kayu dan logam, dengan tumpuan khusus pada Cat Recoatable PU yang versatil. Salutan inovatif ini mengubah permukaan seperti kayu, jubin, simen, dan logam menjadi karya seni yang bertenaga dan tahan lama, semuanya tetap sesuai dengan keadaan cuaca Malaysia.  Dengan rangkaian penyelesaian tersuai Nippon Paint yang menyeluruh, TCCS memenuhi keperluan khusus pelbagai projek, sama ada kediaman, komersial atau perindustrian, seterusnya membuktikan kedudukan Nippon Paint sebagai peneraju pasaran dalam penyediaan teknologi termaju dan hasil yang luar biasa untuk semua permukaan.

Nippon Paint komited untuk memupuk bakat tempatan dan menyediakan platform untuk pereka mempamerkan kemahiran mereka. Dengan menyokong projek KKLF, Nippon Paint memperkasakan pereka untuk menerjah sempadan kreativiti dan inovasi.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.