Siakap Keli
maut terjatuh parasailing
Gambar: The Thaiger

Lelaki Maut, Terjatuh Semasa Tengah Parasailing

Lelaki Maut, Terjatuh Semasa Tengah Parasailing

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari ketinggian bangunan kira-kira 15 tingkat semasa melakukan aktiviti parasailing di Phuket, Thailand.

Menurut The Thaiger, insiden melibatkan warga tempatan berusia 31 tahun itu berlaku berdekatan pantai Karon di daerah Mueang pada 5 Januari lepas.

Insiden itu hanya menjadi tular selepas video kejadian dikongsikan di laman sosial oleh orang awam. Polis kini sedang menyiasat tragedi tersebut.

Difahamkan, mangsa adalah kakitangan kepada syarikat pengendali yang menawarkan aktiviti parasailing kepada pelancong di pantai tersebut.

Maut terjatuh ketika bantu pelancong buat aktiviti parasailing

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5:30 petang itu, mangsa dikatakan bertindak memberi sokongan kepada seorang pelancong ketika hendak meluncur ke udara semasa melakukan aktiviti tersebut.

Bagaimanapun, dia menggunakan kaedah berbahaya dengan bergantung menggunakan sebelah tangan pada payung terjun sambil mengepit pelancong berkenaan dengan kakinya.

Kaedah tersebut yang memerlukan tenaga dan kekuatan badan dikatakan telah menyebabkan mangsa mengalami keletihan hingga hilang keseimbangan.

Terhempas dari ketinggian bangunan kira-kira 15 tingkat

Lelaki itu kemudian dilaporkan terjatuh dan terhempas di atas permukaan laut daripada ketinggian bangunan kira-kira 15 tingkat.

Menurut The Thaiger, mangsa segera diselamatkan oleh rakan sekerja dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan.

Malangnya, mangsa sudah pun meninggal dunia ketika tiba di hospital dan pemeriksaan yang dibuat oleh pakar perubatan mendapati lelaki itu berkemungkinan terkorban di lokasi kejadian lagi.

Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis dari Balai Polis Karon.

BACA: Lima Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Dengan MPV Di Jalan Nenasi-Rompin

Sumber: The Thaiger

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.