Siakap Keli
Gempa Bumi Jepun
Gambar: METMalaysia

Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Tsunami Setinggi 20cm

Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Tsunami Setinggi 20cm

TOKYO, 13 Jan (Bernama) — Gempa bumi dengan magnitud awal 6.4 melanda barat daya Jepun pada Isnin, dengan amaran tsunami dikeluarkan bagi wilayah Miyazaki dan Kochi, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kemudian menyemak semula magnitud gempa itu kepada 6.9.

Gempa bumi pada 9.19 malam itu mencatatkan kekuatan 5 rendah pada skala seismik Jepun yang mempunyai maksimum 7, di sebahagian Wilayah Miyazaki, menurut JMA.

Tsunami setinggi 20 sentimeter juga dilaporkan di Miyazaki susulan gempa bumi berkekuatan 6.9 itu.

Sementara itu, turut dilaporkan tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji nuklear di Wilayah Ehime.

Sumber: Bernama

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.