Siakap Keli
pelajar malaysia
Sumber : BERNAMA

Pemakluman Keadaan Pelajar Malaysia Susulan State Of Emergency – City Of Los Angeles 

Pemakluman Keadaan Pelajar Malaysia Susulan State Of Emergency – City Of Los Angeles 

1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Kementerian Luar Negeri (KLN) sentiasa mengikuti rapat perkembangan situasi di luar negara terutamanya yang  melibatkan penempatan pelajar Malaysia di negara-negara yang sedang bergolak  dengan situasi kecemasan seperti rusuhan, peperangan dan bencana alam.

2. Kementerian ini mengambil maklum akan bencana yang menimpa Los Angeles  sehingga menyebabkan pengisytiharan “State of Emergency” oleh Mayor Los Angeles, Karen Bass akibat kejadian Palisades Fire dan Windstorm. Presiden Amerika Syarikat, President Biden juga mengumumkan bantuan Fire Management Assistance Grant untuk membantu memulihkan keadaan.

3. Kementerian ini menerusi Pejabat Education Malaysia Los Angeles (EMLA) sentiasa  memantau perkembangan terkini di Los Angeles dan telah melaksanakan inisiatif  pengesanan pelajar. Sehingga kini, pelajar yang terkesan adalah seramai 14 orang  daripada University of California, Los Angeles (UCLA) kerana berhampiran dengan  lokasi kejadian tersebut.

4. KPT bersama pejabat Consul General (CG) di Los Angeles juga telah bersetuju untuk  memberi bantuan dan akan melaksanakan pelan evakuasi sekiranya perlu melalui  penempatan pelajar di rumah pegawai sebagai shelter house. Walau bagaimanapun,  pada masa ini tiada arahan evakuasi yang dikeluarkan oleh pihak UCLA kepada para  pelajar tersebut.

5. Setakat hari ini, keadaan para pelajar dalam keadaan baik dan pelajar akan terus  berada di kediaman masing-masing sehingga arahan terbaharu diterima.

6. Sehubungan dengan itu, KPT ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan  sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui sistem  MyData@EducationMalaysia4U. Pelajar amat digalakkan untuk mengemaskini butiran  diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Kementerian ini bagi tujuan capaian  maklumat data yang tepat.

7. Sekiranya berlaku sebarang insiden, sila berhubung dengan pejabat Education Malaysia Los Angeles di maklumat perhubungan seperti di bawah untuk sebarang  maklumat dan tindakan selanjutnya.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.