OKA Signature Place Bawakan Outlet Para Thai Signature Yang Pertama Di Johor
Johor Bahru, 10 Januari 2025 – OKA Signature Place berbangga mengumumkan pembukaan besar-besaran outlet ParaThai Signature yang pertama di Johor, menawarkan pengalaman menjamu selera hidangan Thai yang luar biasa.
ParaThai Signature ialah konsep yang dipertingkatkan oleh ParaThai, rangkaian
restoran Thai yang terkemuka di Malaysia, sangat terkenal dengan masakan asli dan komitmennya terhadap kualiti. Dengan 15 restoran yang terletak strategik di tengah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, lokasi utamanya termasuklah di Suria KLCC, Pavilion KL, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, IOI City Mall Putrajaya, Sogo KL, Sunway Carnival, Gurney Plaza, dan banyak lagi. ParaThai menawarkan akses mudah kepada rasa Thai asli untuk pengunjung yang arif.
ParaThai Signature menawarkan pengalaman menjamu selera Thai yang luar biasa, di mana keasliannya bertemu dengan kesenian. Menu di restoran ini menampilkan lebih daripada 50 hidangan, menawarkan masakan Thai tradisional dan inovatif. Direka bentuk dengan mengutamakan kemampanan, ParaThai Signature hanya menggunakan bahan-bahan segar yang bersumberkan tempatan dan mewujudkan persekitaran menjamu selera yang mengintegrasikan seni dan reka bentuk. Di ParaThai Signature, setiap hidangan bukan sekadar makanan, ia adalah perjalanan kreatif melalui budaya Thailand yang berwarna-warni.
ParaThai Signature mendapat inspirasi mendalam daripada unsur-unsur budaya yang berwarna-warni dan tradisi masakan Thailand yang kaya. Setiap aspek pengalaman menjamu selera, daripada hidangan yang disusun dengan teliti kepada persembahan yang elegan, adalah bukti dedikasi mereka terhadap keaslian dan kreativiti. Menu ini direka dengan cukup teliti oleh pasukan cef Thainya yang diketuai oleh Cef Sirawit Wanram, Sou Cef Bunmee Chantima dan Cef Pencuci Mulut, Kanjana Phuttamart, yang membawa kepakaran dan minat bertahun-tahun di dalam setiap hidangan. Bersama-sama, mereka menghormati rasa tradisional Thai di samping memperkenalkan teknik hebat beserta tafsiran moden. Di ParaThai Signature, kami berhasrat untuk membawa tetamu mengembara melalui intipati negara Thailand, menawarkan pengalaman yang menakjubkan, mudah didekati dan kekal teguh sehingga ke akarnya.
Terletak di tengah pusat bandar Johor Bahru, Oka Signature Place memperkenalkan pengalaman menjamu selera yang unik, menggabungkan masakan yang luar biasa dengan keindahan alam semula jadi. Terletak dalam persekitaran berinspirasikan hutan hujan yang menakjubkan, setiap tingkat menawarkan perjalanan kulinari yang segar dan menarik. Para tetamu boleh menikmati hidangan lazat yang dikelilingi oleh kehijauan yang subur, di mana setiap hidangan meraikan keseimbangan sempurna di antara keenakan dan keindahan semula jadi hutan hujan.
Kepelbagaian masakan ParaThai Signature menampilkan lebih 50 hidangan asli Thai, termasuk menu istimewa seperti Sup Tom Yum, Ayam Kari Hijau, Mieng Kam dan banyak lagi. Dengan bimbingan dan kepakaran cef Thai, restoran ini menjanjikan pengalaman masakan yang tidak dapat dilupakan. Minuman istimewanya pula menggabungkan tradisi Thai dengan campuran kreatif. Nikmati Teh Ais Thai yang berkrim, Lemonade Butterfly Pea yang cukup berperisa, atau Pavlova Fizz Buah Markisa, masing-masing direka untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera anda. ParaThai Signature menggabungkan resipi tradisional dengan sentuhan moden, menawarkan hidangan dalam suasana artistik yang diilhamkan daripada landskap kreatif dan kesenian di Bangkok. Bahagian dalamannya juga menampilkan gabungan material, mewujudkan suasana yang mengasyikkan seumpama berada di dalam sebuah galeri.
Menu Istimewa Yang Harus Dicuba:
- Mieng Kam Bo Ran
- Ayam Daun Pandan Thai dihidangkan bersama Sos Cili Thai
- Som Tam Betik Rangup bersama Udang Kering
- Sup Tom Yum Udang Sungai
- Ayam Kari Hijau
- Dada Itik Panggang dihidangkan dalam Kari Pedas Thai
- Ikan siakap goreng dengan Sup Pedas Asam Thai Selatan & Sayur Campur
- Nasi Goreng Nanas Gaya Thai dengan Ayam
- Mi Halus Bakar dengan Udang Sungai menu istimewa Cef Sirawit
- Pulut Mangga Klasik bersama Santan
- Teh Ais Thai/Lemonade Butterflly Pea/Pavlova Fizz Buah Markisa
Bersempena pembukaan besar-besaran ParaThai Signature, kami teruja untuk menawarkan promosi dan aktiviti eksklusif untuk semua tetamu. Sebagai sebahagian daripada promosi pembukaan kami, nikmati Ayam Kari Hijau dengan hanya RM1++, tersedia sehingga 8 Februari 2025 ini.
Selain itu juga, selendang Sutera Thai akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian berharga RM380 dan ke atas (selagi stok masih ada). Upacara pembukaan juga akan dimeriahkan dengan pemberian hadiah istimewa, peluang untuk merasai hidangan istimewa kami pada harga diskaun, dan pilihan item menu yang diilhamkan daripada tradisi masakan Thailand yang kaya. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami di dalam acara pembukaan besar-besaran ini!
Dalam perkembangan terkini, selain daripada tawaran F&B pada tahun 2025, Oka Signature Place bersedia untuk menjadi lokasi gaya hidup dan destinasi makanan yang premium untuk penduduk tempatan dan pelancong, meletakkan Johor di dalam kedudukan terunggul peta pelancongan masakan rantau ini.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial ParaThai Signature di Facebook, Instagram dan Tiktok.