HUAWEI terus mencuri perhatian dengan pelancaran HUAWEI WATCH GT 5 41mm Gold Milanese Strap. Reka bentuk kali ini menggabungkan teknologi inovatif dengan gaya elegan, menjadikannya teman sempurna untuk memenuhi keperluan kesihatan dan gaya hidup harian anda.
Sempena pelancaran ini, HUAWEI menawarkan promosi eksklusif terhad. Pelanggan boleh menikmati diskaun RM300 untuk HUAWEI WATCH GT 5 41mm Gold Milanese Strap (Harga Asal: RM1,299) dari sekarang hingga 15 Februari 2025.
Direka dengan gabungan elegan dan praktikal, HUAWEI WATCH GT 5 41mm Gold Edition adalah aksesori wajib dimiliki bagi mereka yang menghargai fungsi dan estetika. Dikuasakan oleh HUAWEI TruSense System, WATCH GT 5 menawarkan pemantauan kesihatan menyeluruh, termasuk penjejakan kadar jantung, analisis tidur, dan banyak lagi, serta bateri tahan lama yang sesuai untuk gaya hidup sibuk.
Ciri TNG eWallet QR Pay Kini Tersedia di Smartwatch HUAWEI
Kini anda boleh membuat pembayaran menggunakan TNG eWallet QR Pay Feature melalui smartwatch HUAWEI hanya dengan satu gerakan tangan. Menjadikan e-wallet lebih mudah diakses oleh semua, ciri ini kini disokong oleh smartwatch HUAWEI terkini, membolehkan transaksi dilakukan dengan mudah dan pantas. Model yang menyokong termasuk HUAWEI WATCH GT 4, HUAWEI WATCH GT 5 Series, HUAWEI WATCH FIT 3, HUAWEI WATCH Ultimate, dan HUAWEI WATCH D2.
Integrasi ini memberikan kemudahan dan kecekapan maksimum kepada pengguna, sama ada semasa berulang-alik, membeli-belah, atau menjamu selera. Bersama dengan ekosistem peranti boleh pakai HUAWEI yang canggih, pengguna kini dapat menikmati gaya hidup pintar dan lebih bersambung yang menyatu dengan sempurna dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka. Dengan pengenalan teknologi inovatif ini, HUAWEI terus menyesuaikan peranti pintar mereka untuk meningkatkan keselesaan dan gaya hidup pengguna.
Layari HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada dan HUAWEI Official TikTok Shop untuk mendapatkan smartwatch HUAWEI anda hari ini. Jadilah yang pertama memiliki peranti canggih ini dan nikmati manfaat eksklusif. Cepat sebelum kehabisan!
Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan inovasi terkini HUAWEI, sila layari laman web rasmi HUAWEI official website, HUAWEI Official Facebook atau Instagram.