Siakap Keli
Hujan Lebat negeri
Gambar: Bernama

6 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

6 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 1 pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, dan keseluruhan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan termasuk Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

“Manakala di Pahang hanya melibatkan dua kawasan iaitu Raub dan Bentong.

“Sementara di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kapit (Belaga), Miri dan Limbang.

“Di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Gencatan Senjata: Puluhan Terbunuh Serangan Di Gaza

BACA: Menara KL Akan Pancar Cahaya Hijau, Tanda Masuk Waktu Maghrib & Isyak

BACA: Tigerair Taiwan Beri Bonus 12.8 Bulan, Kenaikan Gaji Sehingga 4%

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.