Siakap Keli
jakim sandwich
Kredit Gambar: JAKIM

JAKIM Sekali Lagi Tegaskan Produk Sandwich Tiada Sijil Halal

JAKIM Sekali Lagi Tegaskan Produk Sandwich Tiada Sijil Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali menegaskan bahawa produk ‘Ham and Cheese Sandwich’ tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ia sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan bahan mentah produk tersebut mempunyai sijil halal.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook, JAKIM berkata syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, status tersebut diketahui selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu.

Malah, tindakan juga telah diambil oleh pihak KPDN berdasarkan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

BACA: JAKIM Beri Penjelasan Isu Produk Sandwich Diragui Tanda Halal

“Dalam konteks pensijilan halal Malaysia, mana-mana produk atau perkhidmatan tidak boleh diperihal halal dan ditanda dengan halal selagi mana tiada pengesahan mahupun perakuan daripada Pihak Berautoriti Pensijilan Halal Malaysia.

“Penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk diperakui halal. Hal ini kerana sesuatu produk hanya boleh diperakui halal oleh pihak berautoriti setelah memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang merangkumi aspek pengendalian, penyediaan dan pemprosesan secara keseluruhan,” kata JAKIM.

Tambah JAKIM lagi, pihaknya juga menggesa pengusaha-pengusaha agar cakna terhadap peruntukan undang-undang yang diguna pakai bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berulang.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.