Maybank Umum Tarikh Penyelenggaraan Sistem Berjadual
Malayan Banking (Maybank) Berhad mengumumkan pihaknya akan melaksanakan penyelenggaraan sistem berjadual pada 8 dan 15 Februari ini.
Menurut Maybank dalam satu pengumuman, penyelenggaraan tersebut akan dilaksanakan bermula pukul 3 pagi hingga 7 pagi pada tarikh-tarikh berkenaan.
Susulan itu, beberapa perkhidmatan yang ditawarkan pihaknya akan tergendala sepanjang penyelenggaraan berjadual itu berlangsung.
Perkhidmatan-perkhidmatan dan saluran yang terjejas adalah seperti berikut:
- DuitNow Transfer, DuitNow dan DuitNow Request menerusi laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi).
- DuitNow Overseas Transfer menerusi laman web Maybank2u.
- JomPay menerusi laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi), ATM dan SRM.
- Instant Transfer dan MEPS Cash Withdrawal menerusi ATM dan SRM.
- Interbank GIRO (IBG) menerusi laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi), ATM dan SRM.
- FPX menerusi laman web Maybank2u.
- Direct Debit menerusi laman web Maybank2u.
- QRPay menerusi aplikasi MAE.
Untuk mengelak sebarang kesulitan, Maybank menggesa pengguna untuk melakukan transaksi lebih awal atau diluar tempoh penyelenggaraan.
Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut atau bantuan, boleh menghantar email bertulis ke [email protected] atau hubungi di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
Sumber: Maybank