Siakap Keli
itinerari yunnan
Kredit: Afiq Shamnazri

Hotel RM36 Satu Malam, Lelaki Kongsi Itinerari “Trip” Di Yunnan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hotel RM36 Satu Malam, Lelaki Kongsi Itinerari “Trip” Di Yunnan

Umum mengetahui, untuk melancong, seseorang itu perlu mempunyai simpanan wang yang banyak. Perjalanan di dalam negara sahaja ada yang memakan ratusan ringgit, apatah lagi jika ke luar negara.

Dapat melancong ke luar negara dengan penjimatan yang tinggi bagi kos tiket penerbangan dan hotel, dalam masa yang sama menerima keadaan penginapan yang selesa merupakan satu nikmat terindah bagi sesiapa sahaja.

Baru-baru ini, seorang pengguna X, Afiq Shamnazri telah melancong ke Yunnan, China dan berjaya mendapat kos penerbangan yang menjimatkan, malah turut mendapat penginapan yang indah, dengan harga serendah RM36 bagi satu malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan Afiq di sana, ikuti perkongsian penuh di bawah.

Perjalanan tak dirancang ke Yunnan November 24

Perjalanan dua orang backpack, kos seorang dalam lebih kurang RM2500 termasuk tiket. Lepas balik Malaysia terus rancang dengan kawan nak pergi balik tak puas lagi menjelajah.

Aku nak kongsikan perjalanan penuh untuk mudahkan siapa yang nak pergi atau berniat nak pergi. Jujurnya memang sangat berbaloi dengan semua pemandangan dan pengalaman.

Perjalanan ni memang rancang last minute. Tiket beli seminggu sebelum pergi. Penerbangan pergi Batik Air, balik AA. Harga RM 670 (tak ambil bagasi). Okay kan?

Dah beli tiket buka peta terus rancang nak pergi mana. Perjalanan ni memang takde itinerari, lepas balik baru buat sebab orang tanya. Kitorang cuma susun jela bandar mana nak pergi.

Kredit: Afiq Shamnazri

Penerbangan malam sampai lapangan terbang Kunming pukul 2.30 gitu. Batik tunda. Imigresen dia senang je tak susah sangat. Visa percuma sampai hujung tahun ni kalau tak silap. Lebih kurang 15 minit selesai.

Cantik juga lapangan terbang Kunming ni. Keluar la kejap nak cuba angin sejuk Yunnan macam mana rasa dia. Ada la 2, 3 orang prebet sapu dok ikut nak hantarkan. Ligan sampai depan tandas. Nak pergi ke Kunming Railway.

Sudahnya ambil jugak la sebab jumpa orang Malaysia dekat situ ambil MPV terus. Jimat sikit kongsi-kongsi. Korang boleh banding sendiri harga prebet dengan Didi (Grab dekat sana).

Duduk bertenang jap dekat lapangan terbang. Kunming Railway buka pukul 4.30 pagi. Perjalanan dalam 30 minit gitu je.

Kami rancang laluan dari Kunming naik atas sekali Shangrila – Lijiang – Dali – Kunming.

Naik kereta api. Mudah je. Beli tiket dekat Trip.com. Masukkan maklumat pasport. Dekat pintu nak masuk beratur paling kiri atau kanan, cari “manual entry” kot nama dia. Pegawai akan imbas je pasport. Tak payah tunjuk tiket. Dekat China banyak pakai Trip.com. Negara lain ada yang pakai klook.

Kereta api banyak tapi lebih baik beli awal sikit kalau tak, dapat tiket berdiri je. Dalam kereta api dia memang selesa. Beli tempat duduk tepi tingkap sebab pemandangan sepanjang jalan memang lawa ya amat.

Dalam kereta api boleh makan. Tandas pun elok bersih. Cuma dekat stesen dia kotor sikit. Dekat China takde bidet ya. Tapi takdela semua tandas kotor. Dekat belah luar bandar, tempat tarikan pelancong okay ja.

Sampai dekat Shangrila nampak dah pemandangan gunung. Amik Didi pergi ke hotel di bandar purba Dukezhong kitorang dekat situ.

Didi ni lepas turun tu tak perlu bayar pun terus je keluar kereta, takyah dok tanya nak bayar macam mana. Lama sikit atau sebelum korang nak tempah perjalanan seterusnya akan keluar bil perjalanan sebelumnya tu kena selesaikan.

Kebanyakan pembayaran tanpa tunai. Banyak pakai Alipay. Saya link Alipay dengan Wise jadi senang nak topup, topup je dekat Wise dia tukar terus dari RM ke CNY. Jadi senang la nak bajet berapa duit belanja. Alipay ni pun ada auto terjemah ke English. Mesra pengguna.

Petang tu check in hotel dekat bandar purba DukeZhong. Hotel ni satu malam RM 36. Murah kan? Hotel-hotel dekat sini memang murah je. Tapi proper la bukan tahap Oyo.

https://x.com/AfiqShamnazri/status/1879777695539884335

Petang tu siap pak cik-pak cik ajak minum teh. Selagi tak telingkup kan cawan dok tuang lagi. Makan kawasan sini pun senang. Banyak ada kedai halal. Cari je ada logo hijau Qing Zhen Shi pin.

Ni kami dok makan dekat Lanzhou. Dekat Wangsa Walk pun ada. Chagee mestilah kena minum. Asal dari Yunnan.

Esok nya sewa ebike harga dalam RM 30 sehari. Pergi Heidou Cafe dekat Tasik Napa. Kafe ni memang wajib pergi tapi mencabar sikit nak cari. Kitorang jumpa lokasi dekat apple maps. Lepas tu petang gerak ke Lijiang guna kereta api.

Malam tu jalan-jalan dekat bandar purba Lijiang. Best sebab banyak makanan sikit berbanding dekat Shangrila punya.

Ni kira “highlight of the trip” la. Pagi-pagi pukul 6 dah gerak nak ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)

Kitorang amik pakej sehari. Boleh tengok dekat tiktok atau dekat area Lijiang tu banyak ada yang tawarkan pakej sehari. Pemandu ambil dari hotel singgah tempat amik barang, solat situ lepas tu ke JDSM.

Sampai je dekat kawasan JDSM tu memang dah nampak dah pemandangan lawa. Dari bawah tu akan naik kereta kabel ke base camp. Lepas tu dari base camp tu boleh naik tangga sikit nak ke puncak dia. Dekat atas tu udara nipis jadi bersedia jela sedut gas oksigen tu. Sebelum pergi tu dah boleh telan awal-awal pil AMS.

Kredit: Afiq Shamnazri

Macam ni la pemandangan dekat JDSM ni memang lawa. Kitorang pergi awal pagi jadi tak ramai lagi. Untuk bukan kaki mendaki ni la peluang korang nak dapat tengok pemandangan macam ni. Naik kereta kabel je. Effortless. Jujur memang tergamam dengan pemandangan dia.

Lepas turun tu terus Blue Moon Lake. Macam “Swiss made in China”. Lepas dari ke  Moon Lake, bas akan bawa nak tengok Lijiang Impression. Walaupun tak faham tapi best gila tengok persembahan dia dengan berlatarbelakangkan pemandangan gunung. Meremang bulu roma.

“Once in a life time experience.”

Esoknya kitorang naik bas ke Tiger Leaping Jorge. Perjalanan kali ni memang main redah je. Sehari sebelum baru plan nak pergi mana. Cuma awal tu tau la bandar mana nak pergi. Tiket bas kena beli dekat kaunter takde dalam talian. Nasib kitorang dapat 2 tiket terakhir. Satu lagi pilihan ambik pakej sehari.

Bandar seterusnya kitorang ke Dali. Dali ni main dia Erhai Lake lepas tu ada banyak kafe hipster dekat situ.

Tempat pertama kitorang pergi kawasan Muslim Street sebab nak cari tempat makan. Memang banyak pilihan.

Lepas makan nak zuhur pemilik kedai cakap masjid ada dekat depan. Dalam masjid tu ada macam asrama kolej Islam.

Dekat Dali pinjam Ebike dari pemilik hotel. Ronda kawasan Erhai Lake. Tak pergi sangat kafe hipster, korang boleh cari dekat TikTok. Sebelum gerak dari Dali singgah pekena kopi sat sambil tenang-tenang borak pasal kehidupan dengan Araw. Punya tenang tak tau lagi apa akan jadi lepas ni.

Nak dijadikan cerita Ebike habis bateri tengah jalan. Mula-mula perlahan je ingat sebab naik bukit. Akhirnya memang tak gerak langsung. Dari petang sampai ke malam tolak, nasib ringan sikit dari motor biasa. Nak mati pulak elok kat tengah-tengah bendang.

Nak dekat 13km jugak perjalanan tolak ebike ni. Saja je nak bagi adventure sikit perjalanan kali ni. Sebab setakat ni lancar sangat.

Hari terakhir dekat Kunming sebelum penerbangan balik singgah Masjid Suncheng. Sini memang sederet kedai makanan halal. Boleh beli roti apa semua tanpa was-was. Lepas tu singgah mall dekat situ beli Tumbler Chagee, isteri dah pesan takde tumbler jangan balik.

Kalau ada nak bawa keluarga, anak kecik, orang berumur pun rasanya okay je. Cuma aktiviti tu kena susun la. Murah, mesra Muslim, pemandangan cantik, penerbangan 4 jam je. Rancang elok-elok memang okay je semua. Boleh la pertimbangkan kalau ada rezeki untuk pergi melancong.

Ada banyak lagi nak kena kongsi tapi nanti panjang sangat pulak thread ni. Tanya saja nanti.

Tumpang “happy mood” orang yang tengah rancang nak pergi. Tapi tulah kang teracun nak rancang pergi lagi sekali pulak.

Salam raya in advance dari perantauan.

BACA: Semua Kena Lengkap, Wanita Kongsi Panduan Lakukan “Solo Travel” Di Luar Negara

Sumber: Afiq Shamnazri

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.